Khamis, 3 March 2016 | 3:11pm

2 jalan di KL dikenal pasti litar khas mat motor


MENTERI Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan mengenal pasti dua jalan untuk lokasi aktiviti 'mat motor', iaitu Jalan Raja, berhampiran Dataran Merdeka dan sekitar Padang Merbok.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata dua jalan terbabit didapati sesuai untuk tujuan berkenaan, sekali gus membolehkan usaha memerangi lumba haram dapat dilakukan.

"Jangan marah pada saya, saya bukan mahu menghalalkan kegiatan mat rempit, cuma beri mereka ruang untuk berhibur. Kebanyakan mereka yang berlumba di jalan awam adalah kerana tiada aktiviti lain.

"Saya akan berbincang dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Kementerian Pengangkutan untuk mengenalpasti rancangan dan garis panduan bagi tujuan berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran dan penjualan Buku Garis Panduan Perancangan, Jabatan Perancangan Bandaraya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di sini sebentar tadi.

71 dibaca
Berita Harian X