Sabtu, 5 March 2016 | 12:16am
MOHD Azizulhasni Awang. - Foto Hasriyasyah Sabudin
MOHD Azizulhasni Awang. - Foto Hasriyasyah Sabudin

Azizul gagal lepasi kelayakan acara pecut di London

KUALA LUMPUR: Pelumba trek sensasi negara, Mohd Azizulhasni Awang gagal meneruskan saingan acara pecut lelaki Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Velodrom Lee Valley Velopark, Stratford, London, hari ini.

Pelumba berusia 28 tahun dari Dungun, Terengganu itu sekadar menamatkan saingan di tempat ke-28 daripada 34 peserta. Hanya 24 pelumba layak ke peringkat seterusnya.

Acara ini dianggap sebagai pemanas badan untuknya sebelum memulakan cabaran dalam acara kegemarannya, keirin yang dijadual pada 6 Mac ini.

Esok, Fatehah Mustafa akan turun beraksi dalam acara pecut wanita. - BERNAMA

Berita Harian X