Sabtu, 5 March 2016 | 7:41am

Caen ikat Monaco 2-2

PENYERANG Caen, Yao Christian Kouakou (kiri) meraikan jaringannya ketika bertemu Monaco di Stadium Michel d'Ornano, di Caen, Perancis, awal pagi tadi. - Foto AFP
PENYERANG Caen, Yao Christian Kouakou (kiri) meraikan jaringannya ketika bertemu Monaco di Stadium Michel d'Ornano, di Caen, Perancis, awal pagi tadi. - Foto AFP

CAEN (Perancis): Monaco terus dihambat kekecewaan dengan mencatat rekod kelima perlawanan tanpa kemenangan di tempat lawan apabila gol minit terakhir Christian Kouakou memberikan Caen keputusan seri 2-2 pada saingan liga Perancis, awal pagi tadi.

Namun Monaco masih kekal di tempat kedua dengan perbezaan besar 22 mata di belakang juara bertahan, Paris Saint-Germain (PSG), sementara Caen di tempat ketiga, lapan mata di belakang.

Semua empat gol diperoleh pada babak kedua dengan Thomas Lemar meletakkan Monaco di depan pada minit ke-56.

Julien Feret memberikan mata penyamaan pada minit ke-64 menerusi sepakan penalti apabila pertahanan Brazil, Wallace dihukum kerana kesalahan menyentuh bola dengan tangan.

PENYERANG Caen, Sylvio Ronny Rodelin (kiri) bersaing dengan pertahanan Monaco, Ricardo Carvalho dalam aksi Ligue 1 di Stadium Michel d'Ornano, di Caen, Perancis. Keputusan seri 2-2. - Foto AFP
PENYERANG Caen, Sylvio Ronny Rodelin (kiri) bersaing dengan pertahanan Monaco, Ricardo Carvalho dalam aksi Ligue 1 di Stadium Michel d'Ornano, di Caen, Perancis. Keputusan seri 2-2. - Foto AFP

Empat minit kemudian, Monaco kembali di depan apabila Alaeddine Yahia menjaringkan gol sendiri ketika sedang bergelut untuk menahan bola daripada sepakan lintang Bernardo Silva.

Pemain Ivory Coast, Kouakou kemudian memastikan keputusan seri dengan jaringan akrobatik daripada sudut gol pada minit-minit terakhir permainan. - AFP

Berita Harian X