Sabtu, 5 March 2016 | 12:52pm

Sekatan PBB: Filipina rampas kapal Korea Utara

KAPAL kargo Jin Teng Korea Utara berlabuh di pelabuhan Subic Bay, di Manila, semalam. - Foto EPA

MANILA: Filipina hari ini merampas sebuah kapal Korea Utara sebagai tindak balas terhadap sekatan baharu lebih ketat yang diperkenalkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) susulan ujian peluru berpandu nuklear dan balistik oleh Pyongyang, baru-baru ini.

Kapal kargo seberat 6830 tan, Jin Teng tidak akan dibenarkan meninggalkan Pelabuhan Subic, di timur laut ibu negara Manila yang berlabuh sejak tiga hari lalu.

Anak kapalnya pula akan dihantar pulang, kata jurucakap presiden, Manolo Quezon kepada stesen radio rasmi negara, Radio ng Bayan. - AFP

Berita Harian X