Ahad, 6 March 2016 | 10:32am

Sanders tewaskan Clinton dalam pencalonan di Kansas

CALON presiden Demokrat, Bernie Sanders. - Foto AFP
CALON presiden Demokrat, Bernie Sanders. - Foto AFP

WASHINGTON: Calon presiden Demokrat, Bernie Sanders, menewaskan pencabarnya, Hillary Clinton, dalam undian di Kansas, yang memberikan rangsangan kepada kempennya, lapor media Amerika Syarikat.

"Rasmi: @BernieSanders menang di Kansas," menurut tweet yang dihantar pegawai parti Demokrat Kansas.

Senator Vermont itu hilang momentum kepada bekas Setiausaha Negara Amerika itu berikutan pengundian Super Tuesday minggu lalu, menyaksikan Clinton mendahului dalam kiraan perwakilan yang diperlukan untuk mendapatkan pencalonan Demokrat.

Sanders tidak membuang masa meraikan kemenangan itu dan menggunakan ia dalam rayuan kutipan derma yang dihantar kepada penyokongnya menerusi emel.

"Kemenangan malam ini bermakna tiga negeri terakhir dalam undian Demokrat dimenangi oleh revolusi politik.

"Kami optimis akan berjaya dalam undian yang sudah diadakan di Nebraska dan Maine esok," katanya. - AFP

Berita Harian X