Ahad, 6 March 2016 | 1:43pm

Belum ada penamat saingan pencalonan presiden AS

SENATOR Ted Cruz (kanan) dan pencabarnya, Donald Trump. - Foto AFP
SENATOR Ted Cruz (kanan) dan pencabarnya, Donald Trump. - Foto AFP

WICHITA: Senator Ted Cruz mencipta kejayaan berganda di Kansas dan Maine, manakala pencabarnya, Donald Trump, menang di Louisiana dan Kentucky dalam pengundian empat negeri bagi Republikan, bukti baru masih belum ada kata penamat dalam persaingan merebut pencalonan presiden bagi parti itu.

Dalam persaingan Demokrat pula, Bernie Sanders, menang di Nebraska dan Kansas manakala calon kegemaran, Hillary Clinton unggul di Louisiana, satu lagu bukti keputusan berbeza daripada rakyat Amerika Syarikat.

"Tuhan merahmati Kansas," kata Cruz ketika perhimpunan di Idaho, yang mengundi dalam masa tiga hari.

Senator Texas itu dengan mudah menewaskan Trump di Kansas dan Maine.

Dalam persaingan keseluruhan bagi perwakilan Republikan, termasuk keputusan bagi Kansas, Trump mendahului dengan 347 dan Cruz mendapat 267.

Secara keseluruhan, Clinton mendapat sokongan 1,104 perwakilan berbanding 446 diperoleh Sanders.

Kedua-dua calon memerlukan undian 2,383 perwakilan untuk mendapat pencalonan Demokrat. - AFP

Berita Harian X