Isnin, 7 March 2016 | 11:41am

Agong rasmi mesyuarat pertama Parlimen Ke-13

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersembahkan teks ucapan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong sempena istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen Ke-13. - Foto Yazit Razali

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini merasmikan istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen Ke-13.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berserta Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah pada jam 10 pagi disambut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Turut menyambut keberangkatan baginda berdua ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah kemudian menerima sembah 'Hormat Diraja' daripada Mejar Mohd Eqram Mohd Rosli yang mengetuai barisan kawalan keselamatan utama Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Selepas itu lagu 'Negaraku' dimainkan oleh pancaragam Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja diikuti tembakan meriam 21 das.

YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah Hamidun berkenan berangkat ke Istiadat Pembukaan mesyuarat pertama Penggal Keempat Persidangan Parlimen ke 13, hari ini. - Foto BERNAMA

YANG di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan memberikan tabik hormat kawalan keselamatan ketika berangkat merasmikan mesyuarat pertama penggal keempat persidangan Parlimen ke-13 di Bangunan Parlimen, hari ini. - Foto BERNAMA

Selesai istiadat itu Tuanku Abdul Halim diiringi ke Bilik Diraja untuk sesi bergambar sebelum ke Dewan Rakyat bagi menyampaikan titah ucapan perasmian.

Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari hingga 7 April sementara Dewan Negara dari 18 April hingga 4 Mei selama 11 hari.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X