Isnin, 7 March 2016 | 5:14pm

Awie bayar kompaun RM10,000 kepada bekas isteri

PENYANYI Awie atau nama sebenar, Ahmad Azhar Ohtman hadir pada kes perbicaraan tuduhan mencederakan bekas isterinya Rozana Misbun di Mahkamah Sesyen dan Majistreet Ampang. - Foto Hafiz Sohaimi
PENYANYI Awie atau nama sebenar, Ahmad Azhar Ohtman hadir pada kes perbicaraan tuduhan mencederakan bekas isterinya Rozana Misbun di Mahkamah Sesyen dan Majistreet Ampang. - Foto Hafiz Sohaimi

AMPANG: Penyanyi rock, Awie dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, daripada tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Rozana Misbun, selepas membayar kompaun RM10,000 kepada bekas isterinya.

Majistry Ayuni Izzaty Sulaiman turut memerintahkan Awie, 48, membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Rozana, 38, selepas dia mengaku bersalah melakukan kesalahan itu.

Terdahulu, Awie yang hadir ke mahkamah memakai jaket dan seluar hitam kelihatan tenang sepanjang prosiding.

Pada 4 Julai 2014, vokalis kumpulan Wings itu, mengaku tidak bersalah sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Rozana di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Klang, di sini, pada jam 1.30 tengah hari, 2 Jun 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X