Khamis, 10 March 2016 | 4:58pm

IMF mungkin kurang unjuran pertumbuhan global

MUMBAI: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berkemungkinan mengurangkan lagi unjuran pertumbuhan global yang memaksa penggubal dasar mengambil langkah komprehensif untuk mengukuhkan ekonomi, kata Kaunselor Kewangan, Jose Vinals.

Pada Januari, IMF menjangkakan pertumbuhan global pada kadar 3.4 peratus tahun ini dan 3.6 peratus pada 2017, selepas menyemak turun unjuran Oktober untuk kedua-dua tahun sebanyak 0.2 mata peratusan.

"Ia sangat berkemungkinan pada tiba masanya mesyuarat bulan depan di mana mungkin ada semakan semula untuk unjuran kami," kata Vinals pada acara yang dianjurkan oleh Reserve Bank of India.

Kenyataan itu adalah susulan amaran Pengarah Urusan IMF, Christine Lagarde bulan lalu yang dilaporkan berkata ekonomi global boleh terjejas kecuali penggubal dasar mengambil langkah kolektif.

"Jika tidak bertindak, ia akan memberi kesan besar dari segi pertumbuhan global," kata Vinals.

"Saya akan berhujah bahawa penggubal dasar perlu melaksanakan tindakan segera yang lebih komprehensif dan konkrit untuk mengukuhkan pertumbuhan serta menguruskan kelemahan kewangan."

Sambil melahirkan kebimbangan mengenai pertumbuhan perlahan China dan tekanan ke atas syarikat korporat dan perbankan, Vinals berkata, pengurangan hutang akan menjadi kunci kepada kestabilan kewangan global.

Namun, beliau tidak menjangka pencapaian sukar bagi ekonomi kedua terbesar di dunia.

Vinals berkata, India perlu mengutamakan 'pembersihan' imbangan kira-kira, selain menangani belenggu hutang.

Beliau menambah, aliran keluar modal berpotensi menimbulkan risiko. - Reuters

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X