Jumaat, 11 March 2016 | 11:30am

Kawasan longgokan tayar terbuang terbakar


KEADAAN pusat pelupusan sampah dan longgokan tayar yang terbakar di Kayu Madang, Kota Kinabalu, pagi ini. - Foto ihsan twitter Bomba

KOTA KINABALU: Asap tebal menyelubungi pusat pelupusan sampah di Kayu Madang, dekat Telipok di sini mulai tengah malam tadi, selepas kawasan longgokan tayar di kawasan itu terbakar.

Api mulai marak pada jam 12.55 tengah malam tadi dan sehingga jam 11 pagi ini, anggota bomba masih berusaha memadamkan kebakaran.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Afendy K Ramin, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 1 pagi.

"Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 1.18 pagi untuk menjalankan operasi mengawal dan memadam kebakaran.

"Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan setakat jam 11 pagi ini, bomba masih melakukan operasi memadam kebakaran," katanya.

48 dibaca
Berita Harian X