Sabtu, 12 March 2016 | 8:59pm

India haramkan 300 jenis ubat

NEW DELHI: India mengharamkan pengeluaran dan penjualan lebih 300 jenis kombinasi ubat-ubatan termasuk dua jenis ubat batuk yang meluas digunakan tanpa kelulusan kerajaan, kata pegawai kanan kementerian kesihatan hari ini.

Langkah itu bertujuan membendung penyalahgunaan ubat-ubatan terbabit di India, di mana hampir separuh ubat-ubatan yang dijual pada tahun 2014 dikenali sebagai "kombinasi dos tetap".

Kombinasi ubat-ubatan digunakan di seluruh dunia bagi meningkatkan pematuhan pesakit, iaitu langkah mudah mengambil satu ubat berbanding ubat lain.

Tetapi, langkah undang-undang tidak konsisten di India menyebabkan percambahan beratus-ratus ubat-ubatan memasuki pasaran berdasarkan kelulusan daripada pengawal selia negeri-negeri individu berbanding kerajaan pusat. - REUTERS.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X