Jumaat, 24 Oktober 2014 | 11:02am

Pekerja resort dihukum gantung bunuh majikan

ANGGOTA polis membawa Hamzah Osman, seorang bekas pekerja sebuah rumah peranginan keluar dari Mahkamah Tinggi Ipoh, hari ini selepas dijatuhi hukum gantung sampai mati kerana membunuh majikannya pada 2008. - Foto Supian Ahmad

IPOH: Seorang pekerja sebuah resort di Pulau Pangkor dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi, kerana didapati bersalah membunuh majikannya pada 2008.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zainal Adzam Abd Ghani membuat keputusan itu selepas mendapati wujud kes 'prima facie' terhadap tertuduh.

Tertuduh, Hamzah Osman, 24, dituduh melakukan kesalahan itu di bilik 202, Suria Beach Resort Teluk Nipah di Pulau Pangkor, kira-kira jam 1 pagi pada 18 Ogos 2008.

Dia dituduh membunuh Norazuda Iden dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Jefferey Ong manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Naran Singh.

Pihak pembelaan juga akan memfailkan rayuan berhubung keputusan kes itu di Mahkamah Persekutuan selepas pendengaran kes itu pada hari ini.

Berita Harian X