Rabu, 16 March 2016 | 9:43am

Cuaca cerah pagi, hujan petang


CUACA di semua negeri di semenanjung diramalkan cerah pagi ini dengan tiada hujan kecuali beberapa tempat di Sarawak. - Foto hiasan/Nazran Jamel

KUALA LUMPUR: Cuaca di semua negeri di semenanjung diramalkan cerah pagi ini dengan tiada hujan kecuali beberapa tempat di Sarawak.

Menurut portal Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), dijangka di satu dua tempat di kawasan pantai Mukah.

Begitu juga dengan kawasan Bintulu, Kapit, Kuching, Samarahan dan Sri Aman yang dijangkakan berlaku hujan di satu dua tempat.

Bagaimanapun, keadaan dijangka berubah di sebelah petang di beberapa negeri di semenanjung serta Sabah dan Sarawak. Hujan dijangka berlaku di beberapa tempat di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, pedalaman Sabah serta Betong, Limbang dan Miri di Sarawak.

Kelantan, Pahang dan Terengganu pula dijangka mendung pada sebelah petang dengan ribut petir dijangka berlaku di satu dua tempat di Perak dan Sarawak.

Pada sebelah malam pula, cuaca dilaporkan baik di hampir semua negeri di semenanjung dan Sabah, kecuali hujan di satu dua tempat di Betong, Bintulu, Kapit, Kuching, Miri, Mukah, Samarahan, Sarikei, Sibu dan Sri Aman di Sarawak.

Berita Harian X