X
Rabu, 16 March 2016 | 1:23pm

Bekalan air empangan di Pulau Pinang cukup

KETUA Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Jaseni Maidinsa. - Foto Zulaikha Zainuzman
KETUA Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Jaseni Maidinsa. - Foto Zulaikha Zainuzman

GEORGETOWN: Bekalan air di Pulau Pinang masih cukup untuk menampung keperluan domestik, walaupun tiga empangan utama di negeri ini terus merekodkan penurunan paras air.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Jaseni Maidinsa, berkata pihaknya sudah mengaturkan pelbagai rancangan bagi memastikan bekalan air di negeri ini mencukupi.

"PBAPP sudah menjalankan pelbagai pelan untuk elak krisis air berlaku di negeri ini sejak suku akhir tahun lalu, selain meningkatkan jumlah ekstrak air mentah dari Sungai Muda, Kedah.

"Paras air di tiga empangan utama di negeri ini juga masih cukup untuk menampung keperluan domestik, selain mampu bertahan antara 45 hingga 220 hari, walaupun tidak menerima hujan.

"Justeru, rakyat di negeri ini dinasihat agar tidak panik dengan bacaan terkini paras air di tiga empangan, selain perlu menggunakan air dengan berhemah," katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Bacaan terbaharu di Empangan Air Itam adalah 75.7 peratus berbanding 78.3 peratus minggu lalu; Empangan Teluk Bahang 72.3 peratus berbanding 74 peratus, dan hanya Empangan Mengkuang kekal pada tahap 92.9 peratus.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X