Selasa, 22 March 2016 | 7:29am

Nahas FlyDubai: Lapangan terbang Russia dibuka semula

LAPANGAN terbang di bandar Rostov-on-Don .
LAPANGAN terbang di bandar Rostov-on-Don .

MOSCOW: Lapangan terbang di bandar Rostov-on-Don dibuka semula pada Isnin, dua hari selepas pesawat penumpang terhempas menyebabkan kesemua 62 orang terkorban pada ketika penyiasatan diteruskan terhadap nahas berkenaan.

Pesawat FlyDubai Boeing 737, yang berlepas dari Dubai, meletup seperti bola api dalam kejadian pada Sabtu lalu selepas tersasar landasan ketika mendarat di selatan Russia manakala percubaan mendarat kali kedua berakhir dengan tragedi apabila angin kencang dan hujan.

"Lapangan terbang sudah beroperasi sepenuhnya," kata wakil lapangan terbang kepada AFP.

Kementerian itu berkata, sebuah pesawat milik kementerian kecemasan berjaya membuat ujian mendarat pada pagi Isnin.

Pada Ahad, pegawai berkata, pekerja selesai membersihkan sisa pesawat di landasan, yang bertaburan sehingga 1.5 kilometer dari tempat kejadian.

Penerbangan keluar diteruskan pada jam 0630 GMT pada Isnin tetapi penerbangan masuk ke bandar yang didiami satu juta orang itu, sama ada dibatalkan atau mengalami kelewatan.

Penyiasat melancarkan siasatan jenayah bagi mengkaji sama ada cuaca buruk, kesilapan juruterbang atau kesilapan teknikal di sebalik nahas itu yang mengorbankan 55 penumpang dan tujuh anak kapal termasuk sembilan berlainan warganegara;. - AFP

Berita Harian X