Selasa, 22 March 2016 | 2:14pm
Universiti Sains Malaysia (USM)

USM lancar Pusat Kebudayaan Jepun

GEORGETOWN: Universiti Sains Malaysia (USM) melancarkan Pusat Kebudayaan Jepun sebagai simbolik pengukuhan kerjasama dengan Kyoto University of Foreign Studies (KUFS).

Pusat Kebudayaan Jepun USM-KUFS itu adalah kesinambungan daripada memorandum perjanjian (MoA) yang terjalin antara USM dan KUFS pada 1 Ogos tahun lalu.

Naib Canselor USM, Prof Datuk Dr Omar Osman, berkata pusat kebudayaan itu memberi tumpuan kepada usaha pembangunan serta mempromosi kerjasama dan berkongsi budaya antara Malaysia dan Jepun.

"Ia akan memberi peluang kepada masyarakat tempatan mempelajari kebudayaan Jepun dan sebaliknya.

"Pusat kebudayaan ini diharapkan akan memainkan peranan penting bukan saja bagi pertukaran budaya tetapi sebagai model bagi pertukaran ilmu dan kolabrasi di masa depan," katanya pada majlis pelancaran pusat kebudayaan itu di sini tengah hari tadi.

Berita Harian X