Rabu, 23 March 2016 | 11:44am

Bangunkan produk kewangan Islam: Sultan Nazrin


SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. - Foto Supian Ahmad

KUALA LUMPUR: Golongan cendekiawan Islam seharusnya tegas dan mengambil pendekatan berani untuk menjadikan produk kewangan Islam lebih canggih dan relevan yang menyumbang nilai lebih berkesan kepada masyarakat.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bertitah ini membolehkan penyelesaian baharu dalam industri berkenaan bagi memenuhi pelbagai keperluan kewangan dunia yang sentiasa berubah, sekali gus membuka peluang untuk tawaran yang luas dan lebih baik.

"Ini penting untuk memastikan pembangunan dan inovasi berterusan dalam pembangunan produk kewangan Islam," titah baginda ketika melancarkan buku Minda Syariah Kewangan Islam karya Datuk Dr Daud Bakar, di sini, sebentar tadi.

Berita Harian X