Selasa, 29 March 2016 | 7:04pm

Lelaki maut ditimpa dahan pokok

KANGAR: Seorang lelaki maut ditimpa dahan pohon beringin reput ketika menebang pokok di sebuah banglo di Jalan Telok Jambu, dekat Bintong, di sini, pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 11 pagi itu menyebabkan R Alagesan, 32, terkulai di dahan pokok terbabit pada ketinggian hampir enam meter, sebelum disahkan meninggal dunia.

Ketika kejadian, mangsa dari Pangsapuri Sena di sini, dikatakan memotong dahan pokok beringin terbabit bersama beberapa pekerja am lain.

Sumber berkata, mangsa yang tersangkut di atas pokok tidak sedarkan diri sebelum diturunkan dengan bantuan pihak bomba.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, mengesahkan kejadian dan kes disiasat sebagai kematian mengejut.

Berita Harian X