Selasa, 29 March 2016 | 10:15pm

Pengarah Pendidikan Sabah bersara

DATUK Jame Alip. - Foto Izhari Ariffin

KOTA KINABALU: Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip, hari ini menamatkan perkhidmatannya selepas 38 tahun menabur bakti dalam bidang pendidikan.

Jame, 60, yang mengetuai Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) sejak tiga tahun lalu, berpuas hati dengan perubahan dilakukannya walaupun tempoh itu dianggap terlalu singkat untuk mengubah lebih banyak perkara dalam bidang pendidikan di Sabah.

"Saya harap bakal pengarah dapat meneruskan legasi ini.

"Selain itu, saya ingin tekankan supaya pemimpin selepas ini sentiasa turun padang mendekati masalah dihadapi warga pendidik dan murid," katanya selepas Majlis Amanat Khas dan Penyerahan Nota Serah Tugas Pengarah Pendidikan di sini, sebentar tadi.

Jame yang berasal dari Kota Belud, mula bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mat Salleh, Ranau pada tahun 1978.

Sementara menanti pelantikan pengarah JPNS yang baharu, jawatan itu Timbalan Pengarah Pendidikan Sabah, Maimunah Suhaibul.

Berita Harian X