Rabu, 30 March 2016 | 12:39am

Wanita dijangkiti Zika selamat lahir bayi

SAN JUAN: Setiausaha kesihatan Puerto Rico berkata, ibu kedua yang dijangkiti virus Zika selamat melahirkan seorang bayi yang sihat.

Ana Rius memaklumkan stesen radio WKAQ hari ini, kedua-dua bayi yang dilahirkan beberapa minggu lalu dalam keadaan baik.

Negara jajahan Amerika Syarikat (AS) itu mencatat kira-kira 350 kes Zika, 40 daripadanya membabitkan wanita mengandung.

Pakar mempercayai, Zika dikaitkan dengan microsefali yang mana menyebabkan bayi dilahirkan mempunyai kepala kecil dan terencat otak.

Puerto Rico juga melaporkan terdapat tiga kes sindrom Guillain-Barre, keadaan yang menyebabkan mangsa lumpuh dikaitkan Zika, boleh membawa maut. Enam orang sudah dimasukkan ke hospital akibat keadaan itu.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC) memohon sekurang-kurangnya AS$225 juta (RM900 juta) dana persekutuan untuk membasmi Zika di Puerto Rico. -AP

Berita Harian X