Rabu, 30 March 2016 | 1:49pm

Pengurus besar didakwa terima 14 suapan RM2j, kereta mewah


Tertuduh, Dr Shahanon Uthman, 52, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Sohaini Alias sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. - Foto Hafiz Sohaimi

KUALA LUMPUR: Pengurus Besar bahagian projek dan servis, Malaysia Transformer Manufacturing Sdn Bhd (MTM), syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB) didakwa atas 14 tuduhan menerima suapan wang tunai hampir RM2 juta dan sebuah kereta BMW 5 Series berhubung tender pembelian tembaga, tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, Dr Shahanom Uthman, 52, mengaku tidak bersalah selepas semua tuduhan terhadapnya dibacakan di depan Hakim Sohaini Alias.

Shahanom didakwa atas 13 tuduhan menerima suapan wang tunai berjumlah RM1,881,000 daripada Pengarah Bina Mekar Sdn Bhd, Ahsan Sabri Pang Abdullah dan ahli pernigaan, Te Boon Chun sebagai upah memberikan diskaun kepada timbangan berat tembaga belum proses.

Shahanom turut didakwa menerima sebuah BMW berharga RM140,000 daripada Boon Chun bagi tujuan sama.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di tempat letak kereta di lima lokasi berasingan di sekitar ibu negara, antara 5 Disember 2013 hingga 18 Disember 2014, mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Berita Harian X