Khamis, 31 March 2016 | 5:51pm

PM rasmi pusat pendidikan awal kanak-kanak autisme


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor beramah mesra dengan kanak-kanak pada majlis perasmian Pusat Permata Kurnia, hari ini. - Foto Saddam Yusoff

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri hari ini merasmikan Pusat Permata Kurnia, satu-satunya pusat pendidikan awal untuk kanak-kanak autisme di negara ini.

Pusat itu seluas 1.04 hektar di Jalan Sentul dibina dengan kos RM28 juta, bakal menempatkan sehingga 300 kanak-kanak autisme yang berumur dari empat hingga tujuh tahun. 

Hadir sama, isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Berita Harian X