Jumaat, 1 April 2016 | 12:13am
SEBAHAGIAN besar mainan yang dipamerkan disimpan sebagai koleksi sejak lebih 40 tahun lalu. - Foto Nazri Abu Bakar
SEBAHAGIAN besar mainan yang dipamerkan disimpan sebagai koleksi sejak lebih 40 tahun lalu. - Foto Nazri Abu Bakar
KOLEKSI permainan tentera antara masih cantik dalam simpanan. - Foto Nazri Abu Bakar
KOLEKSI permainan tentera antara masih cantik dalam simpanan. - Foto Nazri Abu Bakar
ANTARA koleksi permainan milik George Ang. - Foto Nazri Abu bakar
ANTARA koleksi permainan milik George Ang. - Foto Nazri Abu bakar
LEBIH 50 kabinet pameran diguna bagi menempatkan pelbagai jenis mainan di muzium ini. Foto Nazri Abu bakar
LEBIH 50 kabinet pameran diguna bagi menempatkan pelbagai jenis mainan di muzium ini. Foto Nazri Abu bakar
ANG menunjukkan koleksi permainan di Muzium Mainan Melaka. - Foto Nazri Abu Bakar
ANG menunjukkan koleksi permainan di Muzium Mainan Melaka. - Foto Nazri Abu Bakar
KOLEKSI permainan disimpan oleh Ang sejak zaman kanak-kanak. - Foto Nazri Abu bakar
KOLEKSI permainan disimpan oleh Ang sejak zaman kanak-kanak. - Foto Nazri Abu bakar
ANTARA koleksi mainan. - Foto Rasul Azli Samad
ANTARA koleksi mainan. - Foto Rasul Azli Samad
KOLEKSI permainan Iron Man milik Ang. - Foto Rasul Azli Samad
KOLEKSI permainan Iron Man milik Ang. - Foto Rasul Azli Samad
GEORGE Ang menunjukkan permainan Totopoly yang sudah berusia 67 tahun dipamerkan Muzium Mainan Melaka. - Foto Rasul Azli Samad
GEORGE Ang menunjukkan permainan Totopoly yang sudah berusia 67 tahun dipamerkan Muzium Mainan Melaka. - Foto Rasul Azli Samad
ANTARA koleksi permainan milik Ang. - Foto Rasul Azli Samad
ANTARA koleksi permainan milik Ang. - Foto Rasul Azli Samad
KOLEKSI figura Batman. - Foto Rasul Azli Samad
KOLEKSI figura Batman. - Foto Rasul Azli Samad
PELBAGAI gaya adiwira Spiderman. - Foto Rasul Azli Samad
PELBAGAI gaya adiwira Spiderman. - Foto Rasul Azli Samad
KOLEKSI permainan Star Wars. - Foto Rasul Azli Samad
KOLEKSI permainan Star Wars. - Foto Rasul Azli Samad

Koleksi mainan jadi tarikan


MELAKA: Lebih 10,000 pelbagai jenis mainan termasuk ada yang berusia hampir 70 tahun, memenuhi Muzium Mainan Melaka dekat Bukit Baru di sini.

Berbekalkan slogan 'Sayangkan Mainan Kita Untuk Dinikmati Semua' muzium persendirian itu mampu mampu mendidik kanak-kanak untuk menjaga mainan mereka dengan baik.

Bermula dengan hanya mengumpul barang permainan sebagai hobi ketika remaja, kini pemilik muzium terbabit, George Ang, berbangga kerana semua koleksinya hampir memenuhi setiap ruang banglo yang disewanya bagi tatapan peminat.

Ang, 49, berkata sebahagian besar barangan permainan yang dipamerkan itu milik peribadi, yang tidak pernah dibuang sejak kanak-kanak kerana amat menghargai pemberian orang atau yang dibeli sendiri.

"Barang permainan yang dipamerkan di sini terdiri daripada koleksi peribadi, selain dibeli dari kedai barangan lama dan sumbangan orang ramai.

FIGURA Hulk di atas bumbung menjadi identiti Muzium Mainan Melaka di Bukit Baru, Melaka. - Foto Nazri Abu Bakar
FIGURA Hulk di atas bumbung menjadi identiti Muzium Mainan Melaka di Bukit Baru, Melaka. - Foto Nazri Abu Bakar

"Antara koleksi mainan paling lama ialah Totopoly yang dikeluarkan pada tahun 1949 dan patung beruang seusia dengan saya. Ia diberikan rakan bapa sebagai hadiah hari jadi pada 1976," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Antara koleksi mainan yang memenuhi muzium itu ialah patung watak dan kelengkapan dari filem adiwira terkenal seperti Superman; Hellboy; Spawn; Iron Man; Transformers; Avatar dan Freddy Krueger.

Begitu juga dengan watak Cat Women; Hulk; Mulan; Toy Story; Avatar; Power Rangers; Spiderman; GI-Joe, Terminator dan Avengers.

Muzium di Jalan Penghulu Abbas itu mempunyai 50 kabinet pameran membabitkan permainan lama, patung penyanyi terkenal, ketenteraan, watak kartun dan animasi serta mainan zaman kanak-kanak sekitar 70 hingga 80-an.

Ang yang membuka muzium itu sejak 2008, berkata satu daripada figura filem Star Wars iaitu Yoda mempunyai nostalgia tersendiri apabila diperoleh menerusi cabutan bertuah dianjurkan sebuah syarikat penyedia makanan segera pada tahun 1999 ketika promosi sekuel 'Star Wars Episode 1: The Phantom Menace'.

ANG bergambar bersama figura Yoda yang dimenangi dalam satu cabutan bertuah. - Foto Rasul Azli Samad
ANG bergambar bersama figura Yoda yang dimenangi dalam satu cabutan bertuah. - Foto Rasul Azli Samad

Bercerita lanjut, katanya, untuk mendapatkan figura edisi terhad itu, dia terpaksa makan di restoran makanan segera itu hampir setiap hari semata-mata bagi mendapatkan borang untuk mencuba nasib.

"Bagi ruangan pameran figura untuk kategori filem, Star Wars yang paling mendominasi ruang itu dan paling diminati pengunjung. Setiap barangan permainan dikumpul sejak kecil, akan dibuka daripada pembungkusnya dan disimpan semula dalam kotak.

"Boleh kata apa saja permainan mengikut peringkat generasi dan zaman ada dipamerkan di muzium ini dan mungkin tidak disimpan lagi oleh sesiapa," katanya.

Ang berkata, dia sendiri sering memberi nasihat kepada pengunjung kanak-kanak supaya menjaga mainan mereka supaya sentiasa berkeadaan baik dan dapat digunakan untuk tempoh yang lebih lama.

"Jika sesuatu mainan itu unik dan sukar diperoleh, ia mempunyai nilai yang tinggi pada masa depan dan boleh membawa keuntungan kepada mereka," katanya.

ANG menunjukkan koleksi permainan di Muzium Mainan Melaka. - Foto Nazri Abu Bakar
ANG menunjukkan koleksi permainan di Muzium Mainan Melaka. - Foto Nazri Abu Bakar

Beliau berkata, sepanjang membuka muzium itu, dia sangat gembira kerana dapat menghiburkan hati pengunjungnya yang teruja dapat mengembalikan nostalgia mereka di zaman kanak-kanak.

"Pernah ada pengunjung mulanya tidak mahu masuk ke muzium ini sehingga dipujuk rakan.

"Selepas melihat barangan permainan yang dipamerkan di sini, pengunjung itu sedar bahawa mainan bukan saja untuk kanak-kanak, tetapi juga untuk orang dewasa," katanya.

Pembukaan muzium istimewa di Melaka itu, menjadikannya yang kedua seumpamanya di negara ini selepas Pulau Pinang.

Biarpun pada awalnya berdepan dengan masalah kewangan untuk mengekalkan operasi dan juga kekurangan koleksi mainan, namun Ang tidak berputus asa.

"Galakan dan sokongan keluarga serta rakan-rakan membuatkan saya mampu bertahan sehingga hari ini.

"Paling menguatkan keazaman saya ialah apabila melihat kanak-kanak dan keluarga mereka gembira apabila datang ke muzium ini," katanya.

Beliau berkata, ada pengunjung termasuk dari luar negara yang mempunyai minat mengumpul mainan, sanggup menyumbangkan koleksi peribadi mereka untuk dipamerkan.

Berita Harian X