Isnin, 4 April 2016 | 6:08am
PEMENANG bergambar pada majlis Anugerah Broker Bursa Malaysia Berhad 2016 di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. - Foto Muhd Asyraf Sawal

Anugerah Broker pertandingkan 25 kategori


JOHARI (tiga dari kanan) bersama Amirsham (dua dari kiri) dan Tajuddin (dua dari kanan) bergambar dengan

Dalam usaha menghargai sumbangan dan pencapaian broker dalam membina pasaran modal yang lebih mapan dan inklusif, Bursa Malaysia Bhd (Bursa Malaysia) hujung minggu lalu menganjurkan Makan Malam Penghargaan Anugerah Broker Bursa Malaysia.

Acara gilang-gemilang yang berlangsung di Kuala Lumpur itu turut dihadiri Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani; Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Amirsham A Aziz dan semua ketua komuniti broker.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Atan, berkata Anugerah Broker adalah peluang terbaik kepada Bursa Malaysia untuk menghargai usaha dan pencapaian broker dalam industri pembrokeran sejak tahun lalu.

Katanya, acara berkenaan juga adalah satu peluang kepada Bursa Malaysia untuk meningkatkan kerjasama dan meneroka peluang baharu dalam industri berkaitan.

"Saya gembira untuk melihat broker terus berjaya dan menyahut saranan kami ke arah memupuk kemapanan serta keterangkuman yang lebih besar dalam pasaran modal," katanya.

Anugerah Broker tahun ini diperluaskan kepada 25 kategori berbanding 18 kategori tahun lalu.

Tambahan tujuh kategori baharu

Tambahan tujuh kategori baharu iaitu kategori yang berkaitan produk, termasuk Dana Dagangan Bursa (ETF), Waran Berstruktur dan Dana Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) serta Anugerah Pertumbuhan Nilai Penyertaan Organisasi Terbaik (PO) dan PO dengan pembukaan akaun CDS paling banyak.

Bagi kategori Best Equities Participating Organisation, pemenang bagi bank pelaburan milik Affin Hwang Investment Bank Bhd, manakala bagi bukan bank pelaburan milik Credit Suisse Securities (Malaysia) Sdn Bhd.

Untuk kategori Best Retail Equities Participating Organisation, juara masing-masing milik RHB Investment Bank Bhd (bank pelaburan) dan TA Securities Holdings Bhd (bukan bank pelaburan).

Kategori Best Institutional Equities Participating Organisation pula menyaksikan Affin Hwang Investment Bank Bhd (bank pelaburan), TA Securities Holdings Bhd (bukan bank pelaburan) dan Credit Suisse Securities Sdn Bhd (PO asing) muncul sebagai pemenang utama.

Kategori Best Online Equities Participating Organisation menyaksikan CIMB Investment Bank Bhd dinobatkan sebagai pemenang utama, manakala bagi Best Value growth Participating Organisation, pemenang kategori itu dimenangi Macquarie Capital Securities Sdn Bhd.

Bagi Most CDS Accounts Opened Participating Organisation, ia dimenangi oleh RHB Investment Bank Bhd (bank pelaburan) dan Malacca Securities Sdn Bhd (bukan bank pelaburan).

Kategori berikutnya adalah Best Participating Organisation Exchange Traded Fund yang mana AmInvestment Bank Bhd menjadi pemenang utama, sementara kategori Best Participating Organisation Structured Warrant pula menyaksikan Macquarie Capital Securities Sdn Bhd adalah pemenang.

Dua anugerah khas dipertandingkan

Kategori Best Participating Organisation Real Estate Investment Trust dimenangi Affin Hwang Investment Bank Bhd, sementara Best Derivatives Trading Participant milik Kenanga Deutsche Futures Sdn Bhd dan Best Derivatives Clearing Participant dimenangi Okachi (Malaysia) Sdn Bhd.

Kategori Best Trading Participant Commodity Derivatives (Palm) pula dimenangi TA Futures Sdn Bhd, kategori Best Trading Participant Commodity Derivatives (Gold) milik UOB Kay Hian Securities (M) Sdn Bhd dan Best Trading Participant Equity Derivatives dimenangi Kenanga Deutsche Futures Sdn Bhd.

Kategori Best Trading Participant Financial Derivatives milik RHB Investment Bank Bhd dan CIMB Investment Bank Bhd (bank pelaburan) dan Credit Suisse Securities (Malaysia) Sdn Bhd (bukan bank pelaburan) memenangi kategori Best Shariah Equities Participating Organisation.

Bagi Best Domestic Commodity Trading Participants, kategori itu dimenangi oleh Maybank Islamic Bhd, manakala Best Foreign Commodity Trading Participants dimenangi Alinma Bank (Kingdom of Saudi Arabia).

Sebanyak dua anugerah khas dipertandingkan pada Anugerah Broker Bursa Malaysia iaitu Shariah-Compliant Exchange Traded Fund Issuer 2015 dan Shariah-Compliant Real Estate Investment Trust Fund Issuer 2015, masing-masing dimenangi oleh i-VCAP Management Sdn Bhd dan Johor Corporation.

Berita Harian X