Selasa, 5 April 2016 | 12:12am
ASMAWI tekad melepaskan kerjaya sebagai jurutera di syarikat petroleum bagi mudah menjaga bapa yang sakit barah. - Foto Luqman Hakim Zubir
ASMAWI tekad melepaskan kerjaya sebagai jurutera di syarikat petroleum bagi mudah menjaga bapa yang sakit barah. - Foto Luqman Hakim Zubir
LADANG Ternak Haji Kassim. - Foto Farizul Hafiz Awang
LADANG Ternak Haji Kassim. - Foto Farizul Hafiz Awang
LADANG Ternak Haji Kassim mula diusahakan secara komersial pada tahun 2013. - Foto Farizul Hafiz Awang
LADANG Ternak Haji Kassim mula diusahakan secara komersial pada tahun 2013. - Foto Farizul Hafiz Awang
LADANG ini menempatkan kambing baka saanen dan dorper. - Foto Farizul Hafiz Awang
LADANG ini menempatkan kambing baka saanen dan dorper. - Foto Farizul Hafiz Awang
LADANG ini sering mendapat perhatian daripada pelancong dari Asia Barat setiap kali musim Aidiladha. - Foto Farizul Hafiz Awang
LADANG ini sering mendapat perhatian daripada pelancong dari Asia Barat setiap kali musim Aidiladha. - Foto Farizul Hafiz Awang
PENANAMAN sayur secara fertigasi turut diusahakan oleh ladang Ternakan Haji Kassim. NSTP/FARIZUL HAFIZ AWANG
PENANAMAN sayur secara fertigasi turut diusahakan oleh ladang Ternakan Haji Kassim. NSTP/FARIZUL HAFIZ AWANG
RUSA turut diternak oleh Ladang Ternakan Haji Kassim di Kampung Pandan. NSTP/FARIZUL HAFIZ AWANG
RUSA turut diternak oleh Ladang Ternakan Haji Kassim di Kampung Pandan. NSTP/FARIZUL HAFIZ AWANG

Bekas jurutera ternak kambing


KUANTAN: Melepaskan kerjaya sebagai jurutera syarikat petroleum ketika gaji bulanannya mencecah lima angka demi keluarga dan minat adalah keputusan sukar buat Datuk Asmawi Kassim.

Meskipun sukar, namun pemilik Ladang Ternak Haji Kassim itu menyifatkan, keputusan terbabit adalah tepat pada masanya.

"Pada 2008, arwah ayah dikesan mengidap barah dan saya banyak menghabiskan masa berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kuantan menemani dan menjaganya.

"Selepas beberapa ketika, saya terfikir ada baiknya berhenti kerja untuk melakukan perkara yang diminati iaitu penternakan, selain sentiasa berada dekat dengan keluarga.

"Kebetulan ketika itu saya membeli sebidang tanah seluas kira-kira empat hektar dan sesuai untuk dimulakan projek ternakan secara komersial," katanya ketika ditemui di sini.

ASMAWI (kiri) meninjau kambing di ladang ternakannya. - Foto Luqman Hakim Zubir
ASMAWI (kiri) meninjau kambing di ladang ternakannya. - Foto Luqman Hakim Zubir

Asmawi, 45, berkata ketika itu ladang ternakan diusahakan hanya pada peringkat permulaan dan memberikan perhatian serius kepada bidang penternakan bermula tahun 2010.

"Pada awalnya, saya menternak lembu dan selepas setahun, mulai sedar bidang ini ada potensi menjana pendapatan lumayan, lalu mencari maklumat daripada kawan-kawan yang sudah lama menceburkan diri.

"Saya boleh dianggap bertuah juga kerana mempunyai ramai kenalan yang membabitkan diri dalam bidang penternakan ruminan dan selepas berbincang dengan mereka, kami tubuhkan Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia (GTR) sekitar tahun 2012.

"Ladang Ternak Haji Kassim mula diusahakan secara komersial pada tahun 2013, konsep pelancongan pertanian juga dilihat sesuai dilaksanakan di sini dan sehingga sekarang, sambutan diterima daripada orang ramai, termasuk dari dalam dan luar negara sangat menggalakkan," katanya.

Asmawi berkata, pada masa ini ladangnya menempatkan 30 lembu dan 300 kambing baka saanen (untuk susu) dan dorper dari Australia, lima rusa, 50 ayam hutan dan ayam kampung dan 15 ayam belanda.

PENGURUS, Nik Mohd Zamri memandikan kambing tenusu berikutan keadaan cuaca panas. - Foto Farizul Hafiz Awang
PENGURUS, Nik Mohd Zamri memandikan kambing tenusu berikutan keadaan cuaca panas. - Foto Farizul Hafiz Awang

Katanya, ladang itu sering mendapat perhatian daripada pelancong dari Asia Barat setiap kali musim Aidiladha dan ada antaranya datang dari Syria dan Yaman untuk melawat serta berkongsi idea untuk memajukan lagi bidang penternakan diusahakannya itu.

"Biasanya pelancong dari negara Arab ini memang suka dengan (daging) kambing, sebab itu, apabila mereka tahu ladang ini ada pelihara kambing dan turut menyediakan kemudahan untuk buat kambing golek, makin ramai datang.

"Ada juga yang sanggup berkongsi cara untuk menghasilkan keju dan yogurt  secara percuma dan semua ini saya anggap sebagai rezeki untuk kami sekeluarga," katanya.  

Selain menjual kambing dan lembu, ladang itu juga menjual susu kambing segar kepada pengunjung.

Katanya, projek penanaman sayur dan buah-buahan menggunakan kaedah fertigasi juga sedang dirancang di ladang berkenaan dan akan mula diusahakan bulan depan.

gn4id:12888993

"Saya juga  sedang merancang membangunkan beberapa chalet untuk memudahkan peminat sektor pelancongan pertanian datang dan menginap di sini, bagi melengkapkan ladang ini seterusnya memberi keselesaan kepada pengunjung.

"Buat masa ini, kami cuma ada dua bilik yang digunakan sebagai asrama pekerja dan sebuah dewan serbaguna yang boleh dijadikan tempat seminar atau mesyuarat.

"Selain itu, kami juga ada sebuah rumah kelab GTR di ladang ini yang berfungsi sebagai tempat ahli berkumpul setiap dua bulan sekali untuk berkongsi dan bertukar maklumat mengenai ternakan ruminan," katanya.

Asmawi menyifatkan, bidang ternakan memang menjanjikan pulangan lumayan jika diusahakan secara sistematik dan bersungguh-sungguh.

Katanya, ada risiko apabila membabitkan diri dalam bidang penternakan seperti masalah penyakit bermusim yang sering menyerang lembu dan ayam.

"Risiko tetap ada dalam apa jua yang kita buat, apatah lagi membabitkan binatang yang hidup ini. Kita kena pandai mengurus dan itu pentingnya ada kelab seperti GTR ini sebagai contoh jika ada apa-apa masalah, kami boleh berkongsi maklumat dan mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar.

PEKERJA menyediakan rumput untuk makanan kambing di ladang. - Foto Farizul Hafiz Awang
PEKERJA menyediakan rumput untuk makanan kambing di ladang. - Foto Farizul Hafiz Awang

"Setakat ini, tidak ada masalah besar yang dihadapi. Jabatan Perkhidmatan Veterinar juga mengunjungi ladang ini setiap bulan bagi memeriksa ternakan," katanya.

Ditanya mengenai modal untuk memulakan projek ladang ternak itu, Asmawi berkata, semuanya menggunakan simpanan sendiri dan menasihatkan mereka yang berminat untuk menceburinya untuk memulakan dengan modal yang paling minimum.

"Bermula secara kecil-kecilan terlebih dahulu dan kalau boleh jangan terlalu banyak bergantung dengan pinjaman bank," katanya.

Berita Harian X