Selasa, 5 April 2016 | 9:05pm
Susu Similic di pasaran China. - Gambar hiasan

6 ditahan di China jual susu formula tiruan

SHANGHAI: Pihak berkuasa China menahan enam orang kerana membuat dan menjual susu formula bayi tiruan sama seperti jenama terkenal Amerika Syarikat (AS), "Similac", dengan memasarkan produk tiruan itu di tujuh wilayah.

Dalam satu kenyataan, Abbott, pembuat Similac, berkata semalam kes itu didedahkan Disember lalu dan barangan tiruan itu dikesan dan dirampas akhir tahun lalu, menurut satu kenyataan dalam blog mikro China.

Kes itu adalah skandal terbaharu membabitkan isu keselamatan makanan di China.

Pada tahun 2008, beberapa bayi maut dan ribuan jatuh sakit kerana susu tepung dicemari bahan tambahan kimia, menyebabkan ibu bapa mencari susu formula jenama asing.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan kelmarin, Pentadbiran Ubatan dan Makanan Perbandaran Shanghai menyatakan ia juga mengesan jualan di internet susu tepung tiruan itu.

Media tempatan sebelum itu melaporkan, kumpulan terbabit menjual lebih 17,000 tin dan memperoleh hampir 2 juta yuan (RM1.21 juta).

Pihak berkuasa menyatakan susu tepung tiruan itu tidak mendatangkan risiko kesihatan. - AFP

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X