Khamis, 7 April 2016 | 12:07am
TOMANGGONG Kecil atau 'Tomanggong anak-anak' dalam bahasa Sungai berada satu kilometer dari Tomanggong Besar. - Foto Poliana Ronnie Sidom
TOMANGGONG Kecil atau 'Tomanggong anak-anak' dalam bahasa Sungai berada satu kilometer dari Tomanggong Besar. - Foto Poliana Ronnie Sidom
BUKIT batu kapur Tomanggong Besar dan Tomanggong Kecil di kawasan tanjung Sungai Kinabatangan, dikatakan mempunyai cerita hampir sama dengan batu belah batu bertangkup di Semenanjung. - Foto Edmund Samunting

ROSDI Sakong melihat Tomanggong Besar yang terletak berhadapan rumahnya di Kampung Sukau. - Foto Poliana Ronnie Sidom
ROSDI Sakong melihat Tomanggong Besar yang terletak berhadapan rumahnya di Kampung Sukau. - Foto Poliana Ronnie Sidom
FERI antara pengangkutan utama bagi menghubungkan penduduk di seberang Sungai Kinabatangan untuk ke Sukau. - Foto Poliana Ronnie Sidom
FERI antara pengangkutan utama bagi menghubungkan penduduk di seberang Sungai Kinabatangan untuk ke Sukau. - Foto Poliana Ronnie Sidom
SUNGAI Kinabatangan sibuk setiap hari dengan aktiviti pelancong yang menaiki bot untuk melihat hidupan liar. - Foto Poliana Ronnie Sidom
SUNGAI Kinabatangan sibuk setiap hari dengan aktiviti pelancong yang menaiki bot untuk melihat hidupan liar. - Foto Poliana Ronnie Sidom
NELAYAN memasang rawai di sungai berhampiran Tomanggong Besar untuk mencari rezeki setiap hari. - Foto Poliana Ronnie Sidom
NELAYAN memasang rawai di sungai berhampiran Tomanggong Besar untuk mencari rezeki setiap hari. - Foto Poliana Ronnie Sidom

Tomanggong batu mitos Kinabatangan

KINABATANGAN: Kewujudan sebuah bukit batu kapur dikenali Tomanggong Besar di kawasan tanjung Sungai Kinabatangan, mempunyai cerita seakan sama seperti kisah batu belah batu bertangkup di Semenanjung.

Keunikan struktur itu menarik perhatian pengunjung tetapi belum ada usaha dilakukan pihak berkuasa sehingga ini untuk mempromosikannya sebagai lokasi tarikan pelancong.

Bukit batu kapur setinggi kira-kira 50 meter dari permukaan air terletak di Kampung Sukau, dekat sini, dianggap 'keramat' oleh penduduk setempat kerana selain mitosnya, kawasan berkenaan dipercayai sering berlaku kejadian pelik termasuk ribut.

Mengikut cerita penduduk, bukit itu mengambil sempena nama seorang pemuda iaitu Tomanggong yang 'ditelan' batu selepas dipercayai kempunan memakan seekor burung ketika memburu bersama enam abangnya.

Tujuh beradik itu kononnya memudik ke hilir Sungai Kinabatangan untuk berburu dan ketika perjalanan pulang, mereka singgah berteduh dalam gua pada batu kapur itu kerana berlaku ribut.

Selepas ribut reda, tujuh beradik itu keluar namun malang bagi si Tomanggong apabila pintu masuk gua tertutup sendiri sebelum sempat keluar menyebabkannya terperangkap sebelum enam abangnya berusaha mengumpil pintu gua menggunakan sebatang kayu belian tetapi tidak berjaya.

TOMANGGONG Besar yang diselubungi kabus awal pagi masih kaya dengan pelbagai tumbuhan dan pokok. - Foto Poliana Ronnie Sidom
TOMANGGONG Besar yang diselubungi kabus awal pagi masih kaya dengan pelbagai tumbuhan dan pokok. - Foto Poliana Ronnie Sidom

BUKIT batu kapur di Kampung Sukau, dianggap 'keramat' oleh penduduk setempat kerana selain mitosnya, kawasan berkenaan dipercayai sering berlaku kejadian pelik termasuk ribut. - Foto Poliana Ronnie Sidom

Sehingga kini, penduduk mendakwa kayu belian itu masih wujud di pintu gua berkenaan, namun hanya boleh dilihat ketika air surut.

Nurhati Mislung, 77, anak jati Kampung Sukau, berkata biarpun ada pelbagai versi cerita mengenai bukit Tomanggong, penduduk khususnya masyarakat etnik Orang Sungai masih percaya terhadap pantang-larang jika melalui kawasan itu.

Antaranya ialah tidak boleh membawa makanan dalam perahu, jangan berbuat bising dan memberi salam.

Nurhati berkata, malapetaka seperti ribut, perahu karam, air sungai bertukar menjadi minyak atau serangan buaya berlaku jika pantang larang tidak dituruti.

"Mereka yang membawa makanan sama ada daging atau tumbuhan perlu buang sedikit ke batu untuk mengelak perkara tidak baik berlaku.

"Dulu (sebelum memeluk Islam), kalau ada niat, kami pergi situ (bukit batu kapur) bawa beras kuning dan mencampakkan duit. Kalau mahu makan siput, orang tua (ibu bapa) bawa 'sigup kirai' (rokok), sisip pada batu dan tidak lama keluarlah banyak siput," katanya kepada BH.

TENANG TAPI MENGGERUNKAN...Malapetaka seperti ribut, perahu karam, air sungai bertukar menjadi minyak atau serangan buaya dipercayai berlaku jika pantang larang tidak dituruti. - Foto Poliana Ronnie Sidom

Kira-kira satu kilometer (km) di hulu Tomanggong Besar, ada sebuah lagi batu kapur setinggi kira-kira 20 meter dari paras air dinamakan Tomanggong Kecil atau dipanggil 'Tomanggong anak-anak' dalam bahasa Sungai.

Disebabkan mitos itu juga, Nurhati berkata, ramai orang luar datang ke bukit batu kapur berkenaan untuk membuat hajat dengan memacak bendera dan menabur syiling.

"Walaupun tiada lagi kejadian pelik, kami masih ikut pantang larang dan mengelak ke situ pada waktu malam sebab ia tempat keramat," katanya.

Sementara itu, pemandu pelancong, Yusmai Nizam Abdul Jahin, 30, air surut di Sungai Kinabatangan cuma berlaku dua atau tiga kali sebulan, namun agak sukar untuk menjangka waktunya yang bergantung kepada keadaan cuaca di hulu sungai menyebabkan usaha melihat kayu belian berkenaan sukar.

"Saya sendiri sejak tiga tahun membawa pelancong memudik Sungai Kinabatangan, hanya sekali melihat kayu belian itu. Orang tua di sini kata, kalau tujuan datang mahu lihat kayu, tak akan nampak, tetapi kalau tiada niat baru boleh nampak," katanya.

Rosdi Sakong, 44, antara penduduk yang terbabit secara aktif dalam konservasi habitat hidupan liar di Sungai Kinabatangan berpendapat, bukit batu kapur itu mampu menjadi satu lagi ikon pelancongan di kawasan berkenaan jika dibangunkan.

Beliau berkata, ia susulan kewujudan pelbagai jenis tumbuhan serta hidupan termasuk burung di kawasan bukit yang berupaya menarik pelancong.

SEHINGGA kini, penduduk mendakwa kayu belian itu masih wujud di pintu gua berkenaan. - Foto Poliana Ronnie Sidom
SEHINGGA kini, penduduk mendakwa kayu belian itu masih wujud di pintu gua berkenaan. - Foto Poliana Ronnie Sidom

SUASANA sekitar Kampung Sukau. - Foto Poliana Ronnie Sidom
SUASANA sekitar Kampung Sukau. - Foto Poliana Ronnie Sidom

Berbanding sekarang, katanya, bukit batu kapur itu cuma mendapat sambutan penyelidik dari dalam dan luar negara membuat kajian mengenai batu kapur atau pendaki yang berminat meneroka flora dan fauna di kawasan itu.

"Beberapa tahun lalu saya pernah membawa pelancong naik ke atas bukit untuk melihat jenis kayu dan tumbuhan di situ dan apa yang kami temui adalah gua dan kolam di bahagian atas bukit.

"Kelebihan kawasan bukit berkenaan yang mempunyai banyak flora dan fauna dan asal usul bukit diberi nama sempena dengan seorang pemuda kempunan seekor burung, mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Di Kinabatangan, selain Tomanggong Besar dan Tomanggong Kecil, ada dua lagi bukit batu kapur yang kini diwartakan sebagai kawasan pelancongan iaitu Batu Tulug berusia 20 hingga 25 juta tahun setinggi 29 meter yang menyimpan 125 keranda purba kayu balak.

Selain itu, Gua Gomantong mempunyai 27 gua kecil dihuni jutaan burung layang-layang yang menghasilkan sarang burung, terletak kira-kira 30 kilometer dari Kampung Sukau.

Kewujudan bukit batu kapur selain kawasan lembah Kinabatangan yang terkenal dengan gajah Pygmy Borneo dan 10 spesies primat memberi pulangan kepada penduduk yang terbabit secara langsung dalam pelancongan serta pemuliharaan alam sekitar.

Berita Harian X