Khamis, 7 April 2016 | 10:21am

Pemandu lori maut, dua parah kemalangan di Bangi

BANGI: Seorang pemandu lori maut dalam kemalangan membabitkan lori lima tan dan sebuah Toyota Vios yang turut menyebabkan dua parah di Kilometer 293.2 Lebuhraya Utara-Selatan, di sini pagi tadi.

Jurucakap bomba berkata, sepasukan lapan anggotanya dihantar ke lokasi selepas menerima panggilan jam 5 pagi.

"Pemandu lori meninggal dunia di tempat kejadian dan bomba terpaksa menggunakan mesin khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. Kelindan lori itu dan pemandu Toyota Vios yang parah, dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan," katanya.

Berita Harian X