Sabtu, 9 April 2016 | 1:02am

Pesawat FlyDubai terbang bertentangan sebelum terjunam - IAC

MOSCOW: Pesawat FlyDubai terhempas di Russia bulan lalu akibat terbang secara bertentangan beberapa minit sebelum terjunam ke tanah, menurut kenyataan penyiasat nahas yang membayangkan kesilapan juruterbang sebagai punca nahas.

Pesawat Boeing 737-800 yang dikendalikan syarikat tambang murah berpangkalan di Dubai itu terhempas awal pagi 19 Mac lalu di Lapangan Terbang Rostov-on-Don di selatan Russia, dalam cubaan kedua mendarat selepas terbang dari bandar itu.

Semua 62 penumpang di dalamnya, maut. Cuaca buruk termasuk angin kencang dan hujan, menjadikan pendaratan sukar.

Dalam satu kenyataan, Jawatankuasa Penerbangan Antara Negeri (IAC) yang berpangkalan di sini dan menyiasat nahas itu, menyatakan pesawat terbang dalam keadaan bertentangan beberapa minit sebelum terhempas.

Ia menyatakan kru memutuskan untuk tidak mendarat dan membuat pusingan sekali lagi. Mereka baru berjaya mendapatkan ketinggian sesuai apabila kawalan pesawat secara tiba-tiba tersasar, menyebabkan muncul pesawat semakin rendah.

Menurut IAC, insiden itu ditambah sudut ekor, menyebabkan pesawat menjunam, menyebabkan juruterbang gagal bertahan. - Reuters

441 dibaca
Berita Harian X