Sabtu, 9 April 2016 | 7:55am

GP Amerika: Hafizh ke-15 terpantas sesi ujian

PELUMBA Moto2 negara, Hafizh Syahrin. - Foto motogp

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin menamatkan sesi latihan bebas Grand Prix (GP) Amerika Syarikat dengan menduduki tangga ke-15 di Litar Americas, Austin, Texas sebentar tadi.

Hafizh yang beraksi bersama PETRONAS Raceline Malaysia merakam kepantasan 2 minit 10.940s pada sesi latihan bebas kedua.

Catatan itu lebih pantas daripada 2'12.178s yang dirakam pada sesi latihan bebas pertama yang menyaksikan dia yang kini menduduki tempat ke-4 keseluruhan menamatkan latihan sesi berkenaan di tangga ke-18.

Alex Rins yang mewakili pasukan SPA Paginas Amarillas HP paling terpantas pada sesi latihan itu apabila mencatat 2'09.564s yang dilakukannya pada sesi latihan bebas kedua.

Catatannya itu lebih pantas berbanding sesi latihan bebas pertama apabila dia yang turut mengungguli sesi latihan berkenaan hanya mencatat kepantasan 2'10.156s.

Berita Harian X