Sabtu, 9 April 2016 | 2:58pm

Lebih banyak MRSM akan dibina

Azam (kanan) dan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor, Datuk Seri Shahril Mokhtar (kiri) menandatangani MoU deklarasi integriti bersama SPRM sambil diperhatikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah pada majlis pelancaran Pelan Strategik Integriti FAS dan Buku Panduan Integriti FAS di Kuala Lumpur. - NSTP/Nur Adibah Ahmad Izam

DUNGUN: Kerajaan Persekutuan akan membina lebih banyak Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di negara ini, dengan kerjasama kerajaan negeri.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerjasama itu akan membantu menjimatkan perbelanjaan kerajaan membina MRSM baharu.

Beliau berkata, kos pembinaan sebuah MRSM ialah kira-kira RM50 juta.

"Menerusi kerjasama itu, kerajaan negeri menyediakan bangunan manakala Kerajaan Persekutuan menyalurkan kos bagi tenaga pengajar MRSM.

"Ini menjimatkan peruntukan kerajaan Persekutuan dan lebih banyak MRSM dapat dibina," katanya selepas merasmikan MRSM Imtiaz Yayasan Terengganu Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) di Bandar Al-Muktaffi Billah Shah di sini, hari ini.

MRSM berkenaan dirasmikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Ismail Sabri berkata, kerjasama Terengganu dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) membina MRSM itu adalah perintis terhadap usaha murni berkenaan.

"Sejak ditubuhkan pada 1972, MRSM melahirkan lebih 150,000 pelajar dan ramai memegang pelbagai jawatan besar termasuk menteri, usahawan, pegawai kerajaan dan pakar perubatan," katanya.

Berita Harian X