Sabtu, 9 April 2016 | 7:36pm

Khairul tewaskan Badrul Hisyam di Terbuka Filipina

BADRUL Hisyam Abdul Manap (kiri), Khairul Hafiz Jantan (tengah) dan Archand Christian Bagsit (kanan) menerima pingat selepas masing-masing memenangi acara pecut 200m pada Kejohanan Olahraga Terbuka Filipina, hari ini.
BADRUL Hisyam Abdul Manap (kiri), Khairul Hafiz Jantan (tengah) dan Archand Christian Bagsit (kanan) menerima pingat selepas masing-masing memenangi acara pecut 200m pada Kejohanan Olahraga Terbuka Filipina, hari ini.

KUALA LUMPUR: Pelari berusia 18 tahun, Khairul Hafiz Jantan menghadiahkan pingat emas acara pecut 200 meter (m) buat negara selepas merakamkan 21.14s pada aksi final Kejohanan Olahraga Terbuka Filipina, hari ini.

Pingat perak turut menjadi milik negara menerusi rakan sepasukan, Badrul Hisyam Abdul Manap yang mencatatkan kepantasan 21.37s.

Gangsa milik pelari tuan rumah mewakili University of Baguio, Archand Christian Bagsit yang menamatkan larian dengan catatan masa 21.58s.

Terdahulu pada aksi 100m semalam, Khairul Hafiz meraih perak acara 100m dengan catatan 10.41s dan Badrul Hisyam catat 10.39s untuk raih emas.

Kem olahraga negara turut ceria apabila Noor Shahidatun Nadia Mohamad Zuki meraih emas melalui acara lompat kijang dengan lompatan sejauh 13.18m, sekali gus merekodkan catatan peribadi terbaik miliknya setakat ini.

Pingat perak acara sama juga milik atlet kebangsaan yang diperoleh menerusi Kirthana Ramasamy dengan catatan 12.77m.

Lee Hup Wei dalam acara lompat tinggi juga membawa pulang emas selepas melakukan lompatan setinggi 2.22m.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X