Sabtu, 9 April 2016 | 10:43pm

Badrul terima Anugerah Lelaki Terpantas di Filipina

BADRUL bersama trofi dan jam yang dimenanginya sebagai penerima Anugerah Lelaki Terpantas pada saingan Olahraga Terbuka Filipina.

KUALA LUMPUR: Pelari pecut muda negara, Badrul Hisyam Abdul Manap dipilih sebagai pemenang Anugerah Lelaki Terpantas pada Kejohanan Olahraga Terbuka Filipina, hari ini.

Kemenangan itu membolehkan anak kelahiran Melaka ini membawa pulang trofi dan jam tangan jenama Asics

Anugerah itu diterima hasil kejayaannya mencatatkan kepantasan 10.39 saat (s) bagi acara 100 meter. Dia meraih pingat emas bagi acara berkenaan.

Perkembangan itu disahkan oleh jurulatih Badrul, Mohd Poad Md Kassim, sebentar tadi.

Selain menyerlah dalam acara 100m, Badrul Hisyam turut merangkul pingat perak acara pecut 200m dengan kepantasan 21.37s.

Berita Harian X