Isnin, 11 April 2016 | 9:55pm
- Gambar hiasan

13 maut pengebom serang rekrut tentera di Afghanistan

JALALABAD: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh manakala berpuluh lain cedera hari ini apabila pengebom bunuh diri menyerang sebuah bas membawa rekrut tentera berhampiran bandar timur di sini, kata pihak berkuasa.

"Dalam serangan itu, 12 rekrut tentera terbunuh dan 38 lain cedera," kata jurucakap wilayah Nangarhar, Ataullah Khogyani.

Ketua hospital serantau di wilayah itu, Ehsansullah Shinwari, mengesahkan serangan namun meletakkan angka kematian 13 orang. -AFP

Berita Harian X