Khamis, 14 April 2016 | 9:48am

3 cedera akibat gempa bumi di Mindanao

MANILA: Sekurang-kurangnya tiga cedera apabila gempa bumi 6.0 magnitud melanda negara itu dan menyebabkan dinding tiga rumah runtuh.

Jurucakap Institut Gunung Berapi dan Gempa Bumi Filipina, Renato Solidum, berkata gempa bumi awal pagi ini berpusat di bawah laut di barat laut Zamboanga del Norte.

Ia tidak cukup kuat untuk menyebabkan tsunami, katanya.

Superintendan Polis, Luisito Magnave, berkata gempa menyebabkan dinding tiga rumah runtuh di kampung di Zamboanga, mencederakan sekurang-kurangnya tiga penduduk, yang dibawa ke hospital.

Kepulauan Filipina terletak dalam Lingkaran Api Pasifik, menyaksikan gempa bumi dan gunung berapi kerap berlaku. - AP

56 dibaca
Berita Harian X