Jumaat, 15 April 2016 | 9:18am

Bekas ratu cantik Puerto Rico saman penganjur

Kristhielee Caride

SAN JUAN: Ratu cantik Puerto Rico mengemukakan saman AS$3 juta (RM11 juta) apabila kemenangannya dibatalkan selepas penganjur menuduh beliau berperangai buruk.

Berikutan itu, beliau tidak layak mewakili Puerto Rico ke pertandingan Ratu Universe tahun ini.

Kristhielee Caride turut menuntut mahkotanya dan pelbagai hadiah yang dimenangi termasuk kereta, kos pembedahan plastik dan pelayaran selama tujuh hari, dikembalikan.

Gelaran itu ditarik balik hampir sebulan lalu.

Saman mendakwa penganjur melanggar kontrak dan ganti rugi kontrak. Ia difailkan terhadap PR Crown Entertainment dan pegawainya termasuk Pengarah Kebangsaan Ratu Universe Puerto Rico, Desiree Lowry.

Peguam Lowry, Antonio Sagardia, memberitahu beliau enggan bertemu peguam Caride atas permintaan mereka.

"Tiada apa hendak dibincangkan. Keputusan kami muktamad," kata peguam Caride, Ernie Caban.

Gelaran Caride ditarik balik selepas beliau dikritik kerana bongkak dan berkata tidak menyukai kamera dalam temubual dengan sebuah akhbar tempatan. - AP

Berita Harian X