Isnin, 18 April 2016 | 8:58am

APMM patahkan cubaan seludup 748 karton rokok

SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menumpaskan cubaan menyeludup 748 karton rokok bernilai RM82,000 ke daerah ini menerusi perairan berhampiran Pulau Tanjung Aru, dekat sini, malam kelmarin.

Ia susulan pemeriksaan ke atas sebuah bot pancung yang bergerak dalam keadaan gelap berhampiran pulau terbabit pada kira-kira jam 9 malam.

Pengarah Maritim Daerah Sandakan, Kapten Maritim A Razak Abd Rahman, berkata ketika cuba dihampiri anggota APMM, bot suspek meluncur laju ke arah pesisir pantai sebelum tekong bot terjun ke laut untuk melarikan diri.

"Hasil pemeriksaan mendapati bot terbabit yang menggunakan enjin sangkut 85 kuasa kuda membawa muatan 34 karung berwarna hitam berisi rokok putih. 

"Semua barang rampasan kemudian dibawa ke jeti maritim di sini untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kastam 1967," katanya di sini, sebentar tadi.

A Razak berkata, ia kejayaan kedua Daerah Maritim Sandakan menggagalkan cubaan membawa masuk rokok seludup tahun ini selepas rampasan bernilai RM412,000 pada bulan lalu.

51 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »