Selasa, 19 April 2016 | 8:44am

Bot bawa pendatang karam, 500 dikhuatiri lemas


PENDATANG yang diselamatkan dibawa ke bandar Kalamata. - Foto EPA

KALAMATA: Beratus-ratus pendatang lemas selepas bot mereka naiki karam di Mediterranean, namun masih belum ada pengesahan rasmi membabitkan tragedi itu.

Seramai 41 terselamat dan mereka dipindahkan ke sebuah kapal lain ketika ia karam pada tengah malam tadi.

Mereka yang terselamat mendakwa kira-kira 500 orang maut, namun pengawal pantai di rantau itu masih belum mengesahkan maklumat terbabit.

Tahun ini, jumlah pendatang melakukan pengembaraan berbahaya merentas laut dari Libya ke Turki melonjak. Antara yang terselamat adalah pendatang dari Ethiopia, Somalia, Sudan, dan Mesir.

Mereka kini berada di bandar Kalamata, Greece selepas ditahan pihak berkuasa sebaik operasi menyelamat.

Menurut kumpulan pendatang itu, kira-kira 240 pendatang berlayar keluar daripada bandar pelabuhan Tobruk, di Libya untuk ke Itali.

Seorang pendatang dari Ethiopia, Muaz bertaka, "Isteri dan bayi saya lemas di depan mata," sambil menegaskan sekurang-kurangnya 500 pendatang lain lemas.

"Kami yang berjumlah 240 orang berlayar keluar dari Libya, namun penyeludup memaksa kami berpindah ke bot kayu lebih besar sepanjang 30 meter yang sudah mempunyai sekurang-kurangnya 300 pendatang lain," kata seorang pendatang warga Somali, Abdul Kadir.

"Saya adalah salah seorang yang berjaya berenang kembali ke bot yang lebih kecil," katanya. - Agensi

39 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »