Khamis, 30 Oktober 2014 | 10:13am

4,000 penyokong Pahang memenuhi kaunter tiket di Temerloh


WALAUPUN kaunter tiket akan dibuka jam 10 pagi penyokong Pahang sanggup beratur panjang seawal pagi membeli tiket di Stadium Darul Makmur bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Pahang bertemu Johor (JDT) yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini. - Foto Mustaffa Kamal

TEMERLOH: Walaupun kaunter jualan tiket di Stadium Mini Temerloh hanya dibuka pada jam 10 pagi ini, peminat Pahang berbaris seawal jam 2 pagi untuk mendapatkan tiket menyaksikan perlawanan final Piala Malaysia, Sabtu ini.

Sehingga kini, sudah lebih 4,000 peminat membanjiri kaunter tiket dan mereka berbaris sepanjang satu kilometer.

Begitupun peruntukan yang diberikan kepada kaunter di Stadium Mini Temerloh hanya terhad kepada 5,000 tiket dengan setiap pembeli hanya dibenarkan membeli dua tiket.


WALAUPUN kaunter tiket akan dibuka jam 10 pagi penyokong Pahang sanggup beratur panjang seawal pagi membeli tiket di Stadium Darul Makmur bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Pahang bertemu Johor (JDT) yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini. - Foto Mustaffa Kamal

Perlawanan final Piala Malaysia membabitkan Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT) akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, dengan setiap pasukan diperuntukkan 40,000 keping tiket.

FAM memperuntukkan 10,000 tiket dijual menerusi dalam talian bermula semalam.

Harga tiket kekal RM40 bagi orang dewasa manakala RM5 untuk kanak-kanak.

126 dibaca
Berita Harian X