Khamis, 21 April 2016 | 7:40pm

Jangan minta campur tangan asing - PM

ENTRI terbaharu menerusi laman Facebook Najib, hari ini.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata ada pemimpin yang dahulunya memperjuangkan semangat kebangsaan, kini meminta campur tangan orang asing dalam hal ehwal negara.

Perdana Menteri berkata, mereka bukan saja sanggup meninggalkan prinsip, malah menggadaikan kedaulatan negara semata-mata untuk mencapai agenda peribadi.

"Kita tak perlu, kita jangan minta orang asing campur tangan dalam hal urusan kita. Biarlah urusan dalam negara ditentukan oleh rakyat sendiri," katanya menerusi entri terbaharu menerusi laman Facebook beliau, hari ini.

Berita Harian X