Jumaat, 22 April 2016 | 12:13am

Pengarah James Bond, meninggal pada usia 93 tahun

GUY Hamilton, pengarah empat filem James Bond. - Foto fail AFP
GUY Hamilton, pengarah empat filem James Bond. - Foto fail AFP

LONDON: Guy Hamilton, pengarah empat filem James Bond termasuk "Goldfinger" dan "Diamonds are Forever", meninggal dunia pada usia 93 tahun, kata bekas aktor sekuel itu, Roger Moore hari ini.

Moore, yang berlakon dalam filem arahan Hamilton, "Live and Let Die" dan "The Man with the Golden Gun", menulis tweet bahawa beliau "amat, amat sedih mendengar berita bahawa pengarah Guy Hamilton naik ke langit. 2016 amat mengerikan."

Ken Adam, pereka banyak tempat persembunyian rumit filem Bond selain kerusi lantun Aston Martin 007, meninggal dunia bulan lalu pada usia 95 tahun.

Filem yang banyak menerima pujian diarahkan Hamilton termasuk "The Battle of Britain", "Evil Under the Sun" dan "The Mirror Crack'd."

Mendiang dilahirkan di Paris pada tahun 1922, namun bersekolah di England. Beliau memulakan kerjaya dalam panggung Perancis pada tahun 1930-an, bermula sebagai budak pembancuh teh sebelum menjadi pengarah selepas Perang Dunia Kedua.

Hamilton meninggalkan isteri kedua, aktres Perancis, Kerima. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X