Jumaat, 22 April 2016 | 3:10pm

2 maut motosikal bertembung

KEADAAN motosikal mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 36.5 Jalan Teck Wah Heng berhampiran Pekan Layang-Layang. - Foto Adnan Ibrahim

KLUANG: Dua lelaki maut selepas motosikal ditunggang bertembung dalam kejadian di Kilometer 36.5 Jalan Teck Wah Heng berhampiran Pekan Layang-Layang, dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, Mohd Zubair Mohamad Faris, 18, dan Hoi Boon Yew, 20, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kluang di sini, kira-kira jam 2.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Muhamad Laham, berkata pertembungan kedua-dua mangsa menyebabkan mereka mengalami kecederaan parah di kepala.

"Boon Yew menunggang motosikal seorang diri dari arah Layang-layang menghala ke Kluang manakala Mohd Zubair menunggang berseorangan dari arah bertentangan.

"Mereka meninggal dunia di hospital ketika mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi sini, hari ini.

Berita Harian X