Ahad, 24 April 2016 | 12:01am

Penuntut UniSZA terima Anugerah Menteri Pendidikan Tinggi

MUHAMMAD Anas juga terpilih menerima Anugerah Tokoh Pemimpin Siswa, turut membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500, trofi dan sijil. - Foto Muhammad Shafiq Mohd Zain
MUHAMMAD Anas juga terpilih menerima Anugerah Tokoh Pemimpin Siswa, turut membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500, trofi dan sijil. - Foto Muhammad Shafiq Mohd Zain

KUANTAN: Penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Muhammad Anas Misbahudin, menerima Anugerah Menteri Pendidikan Tinggi pada majlis Anugerah Tokoh Siswa 2015 di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Gambang di sini, malam ini.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer itu membawa pulang hadiah motosikal Honda Wave 110cc, wang tunai RM5,000, trofi dan sijil.

Muhammad Anas yang juga terpilih menerima Anugerah Tokoh Pemimpin Siswa, turut membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500, trofi dan sijil.

Anugerah disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Turut hadir, Timbalannya, Datuk Mary Yap Kain Ching; Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang dan Naib Canselor UMP, Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim.

Anugerah anjuran Bahagian Pembangunan Mahasiswa, Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan terhadap kecemerlangan pelajar, persatuan atau kelab institusi pendidikan tinggi awam dan swasta termasuk politeknik dan kolej komuniti.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X