Isnin, 25 April 2016 | 9:08pm

Lelaki cedera kereta terhumban dari parkir pangsapuri

KEADAAN kereta mangsa yang jatuh dari tingkat dua parkir bertingkat Pangsapuri Mutiara Height, Jelutong, Pulau Pinang, malam tadi. - Foto ihsan pembaca
KEADAAN kereta mangsa yang jatuh dari tingkat dua parkir bertingkat Pangsapuri Mutiara Height, Jelutong, Pulau Pinang, malam tadi. - Foto ihsan pembaca

GEORGETOWN: Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandunya terhumban dari tingkat dua parkir bertingkat Pangsapuri Mutiara Height, Jelutong di sini, malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 7.15 malam itu, pemandu berusia lingkungan 40-an itu dikatakan mahu meletakkan kereta di petak parkir selepas pulang dari tempat kerja.

Sumber berkata, ketika kejadian isteri mangsa turut bersamanya, namun dia keluar dari kenderaan sebelum meminta lelaki terbabit masuk ke petak parkir.

"Bagaimanapun, lelaki berkenaan dikatakan tertekan pedal minyak ketika berundur dan merempuh tembok sebelum keretanya jatuh berhampiran pondok pengawal keselamatan.

"Mangsa dilaporkan cedera ringan dan sedang mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP)," katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid mengesahkan kejadian terbabit. 

"Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan kereta terbabit sudah dialihkan dari lokasi kejadian," katanya.

Berita Harian X