Selasa, 26 April 2016 | 11:57am

Wanita rendah lebih cenderung lahir bayi pramatang


WANITA rendah dua kali ganda cenderung melahirkan bayi pramatang sama seperti wanita tinggi. - Foto hiasan

LONDON: Wanita rendah adalah dua kali ganda cenderung melahirkan bayi pramatang sama seperti wanita tinggi, menurut satu laporan baharu.

Lebih rendah seorang itu, lebih tinggi peluangnya melahirkan bayi pramatang menurut pengkaji dari Universiti Uppsala Sweden dan Universiti Auckland, New Zealand.

Kalangan ibu yang rendah (155 sentimeter atau kurang), 9.4 peratus bayi yang dilahirkan adalah pramatang (usia kandungan kurang 37 minggu), dan 1.1 peratus sangat pramatang (kurang daripada 32 minggu), menurut pengkaji.

Bagi ibu yang tinggi (179 sentimeter atau lebih), angka yang ditunjukkan masing-masing adalah 4.7 peratus dan 0.5 peratus, katanya.

Kajian ini membabitkan sampel data yang dikumpul antara 1991 dan 2009 membabitkan lebih daripada 192,000 wanita Sweden berusia lebih 18 tahun.

Bagaimanapun, penyelidik tidak tahu apa sebenarnya kaitan antara ketinggian ibu dan kelahiran pramatang spontan, tetapi bukti daripada kajian lain menunjukkan ia boleh menjadi kekangan anatomi, kata Jose Derraik dari Universiti Auckland.

"Ibu yang rendah cenderung mempunyai kurang ruang untuk bayi berkembang sebelum kelahiran, dan ini seolah-olah membawa kepada kelahiran pramatang bagi sesetengah wanita," katanya. - AGENSI

Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »