Sabtu, 30 April 2016 | 9:21pm

Hafidz Roshdi sah bernikah hari ini

 HAFIDZ Roshdi sudah bernikah dengan Nurul Shuhada di Perlis, kira-kira jam 11 pagi tadi.
HAFIDZ Roshdi sudah bernikah dengan Nurul Shuhada di Perlis, kira-kira jam 11 pagi tadi.

KUALA LUMPUR: Pelakon Hafidz Roshdi, 22, mengesahkan sudah bernikah dengan tunangnya, Nurul Shuhada Mat Shukri di Perlis, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Melalui status yang dimuat naik di laman Instagram, Hafidz memberitahu majlis itu berlangsung sederhana dengan dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana dengan izinNya, majlis pernikahan saya dengan Nurul selamat dilangsungkan.

"Majlis diadakan secara sederhana dengan kehadiran keluarga terdekat saja," katanya.

Hafidz juga menjelaskan hubungannya dengan dan Nurul terjalin kira-kira tiga tahun lalu ketika sama-sama menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM).

"Untuk makluman, saya dan Shu berkawan lebih tiga tahun sebelum saya menceburi bidang lakonan. Pada 30 November tahun lalu, kami mengikat tali pertunangan," katanya.

Mengakui pengumuman itu mengejutkan ramai pihak, Hafidz menganggap ia sebagai jodoh yang tidak boleh dielak.

"Mungkin pengumuman ini sedikit sebanyak mengejutkan ramai pihak, tetapi jodoh kami telah tiba. Saya mohon kepada semua agar mendoakan perkahwinan kami bahagia hingga ke akhirnya.

"Keputusan bernikah dibuat selepas kedua-dua belah keluarga berbincang dan bersetuju melangsungkan majlis ini," katanya.

Pelakon drama Tundukkan Playboy itu memberitahu, dia akan mengumumkan tarikh majlis resepsi perkahwinannya, tidak lama lagi.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X