Ahad, 1 Mei 2016 | 12:42am

Kenya bakar timbunan gading

PRESIDEN Kenya, Uhuru Kenyatta (kanan) ketika sidang media selepas menyalakan unggun gading terbesar dunia. - Foto AFP

NAIROBI: Presiden Kenya, Uhuru Kenyatta menyalakan unggun gading terbesar dunia selepas menuntut pengharaman penuh perdagangan gading dan tanduk bagi menamatkan penyeludupan dan mengelak kepupusan gajah.

"Tingginya timbunan gading di hadapan kita ini menandakan kekuatan iltizam kita," kata Kenyatta sebelum menyalakan unggun itu.

"Tiada sesiapa pun dan saya ulang, tiada sesiapa pun patut memperdagangkan gading kerana perdagangan ini menyebabkan kematian gajah dan warisan semula jadi kita."

Sejumlah 11 timbunan gading dan beberapa timbunan sumbu badak disusun dalam bentuk separuh bulatan, dijangka terbakar selama berhari-hari di taman negara Nairobi. - AFP

Berita Harian X