Selasa, 3 Mei 2016 | 12:56am
DEKORASI chalet di SPPK Agro Park, Kampung Kundang Ulu, Ledang. - Foto Syarafiq Abd Samad

CHALET yang berkonsepkan suasana ladang kelapa sawit di SPPK Agro Park, Kampung Kundang Ulu, Ledang. - Foto Syarafiq Abd Samad

SEBAHAGIAN daripada hasil kayu terpakai dijadikan kerusi dan meja di SPPK Agro Park. - Foto Syarafiq Abd Samad

SUASANA chalet di SPPK Agro Park, Kampung Kundang Ulu, Ledang. - Foto Syarafiq Abd Samad
SUASANA chalet di SPPK Agro Park, Kampung Kundang Ulu, Ledang. - Foto Syarafiq Abd Samad
DEKORASI chalet di SPPK Agro Park, Kampung Kundang Ulu, Ledang. - Foto Syarafiq Abd Samad
DEKORASI chalet di SPPK Agro Park, Kampung Kundang Ulu, Ledang. - Foto Syarafiq Abd Samad
PEKERJA SPPK Agro Park melakukan proses membuat meja daripada hasil kayu terpakai. - Foto Syarafiq Abd Samad

ANTARA hasil kayu terpakai dijadikan kerusi dan meja. - Foto Syarafiq Abd Samad
ANTARA hasil kayu terpakai dijadikan kerusi dan meja. - Foto Syarafiq Abd Samad
SEBAHAGIAN daripada hasil kayu terpakai dijadikan kerusi dan meja di SPPK Agro Park. - Foto Syarafiq Abd Samad
SEBAHAGIAN daripada hasil kayu terpakai dijadikan kerusi dan meja di SPPK Agro Park. - Foto Syarafiq Abd Samad
AZMAN menunjukkan arnab yang dibela di SPPK Agro Park untuk mainan pengunjung ke situ. - Foto Syarafiq Abd Samad

SEBAHAGIAN daripada arnab yang terdapat di SPPK Agro Park. - Foto Syarafiq Abd Samad

PENGURUS SPPK Agro Park, Azman Md Rasip. - Foto Syarafiq Abd Samad

LALUAN masuk ke SPPK Agro Park dekat Kundang Ulu. - Foto Syarafiq Abd Samad

KEADAAN dekorasi chalet di SPPK Agro Park. - Foto Syarafiq Abd Samad
KEADAAN dekorasi chalet di SPPK Agro Park. - Foto Syarafiq Abd Samad
SEBAHAGIAN daripada hasil kayu terpakai dijadikan kerusi dan meja di SPPK Agro Park. - Foto Syarafiq Abd Samad
SEBAHAGIAN daripada hasil kayu terpakai dijadikan kerusi dan meja di SPPK Agro Park. - Foto Syarafiq Abd Samad
SUASANA chalet di SPPK Agro Park, Kampung Kundang Ulu, Ledang. - Foto Syarafiq Abd Samad
SUASANA chalet di SPPK Agro Park, Kampung Kundang Ulu, Ledang. - Foto Syarafiq Abd Samad

Desa koboi di ladang sawit

TANGKAK: Menginap chalet dan rumah binaan kayu terpakai umpama pondok koboi dalam ladang sawit, pasti menjanjikan pengalaman menarik buat pengunjung yang mencari kelainan.

Meskipun baru dua tahun beroperasi, namun SPPK Agro Park seluas 1.21 hektar dalam ladang sawit Kampung Kundang Ulu di sini, berjaya menjadi produk pelancongan terbaharu bagi daerah Muar dan Tangkak.

SPPK Agro Park yang dikendalikan Syarikat Perladangan Peserta Kundang Sendirian Berhad (SPPK) adalah milik bersama 285 pemilik kebun sawit sekitar Kundang Ulu, yang sebelum ini menjadi peserta FELCRA.

Ketika ini, ia menempatkan tiga chalet dan lima rumah yang dijadikan inap desa, selain tapak perkhemahan yang mampu menampung lebih 200 peserta dalam satu masa.

KEADAAN SPPK Agro Park, Kampung Kundang Ulu, Tangkak. Foto Syarafiq Abd Samad

Pengurusnya, Azman Md Rasip, berkata SPPK Agro Park adalah destinasi percutian agro pelancongan yang menawarkan pelbagai pengalaman sambil mengekalkan identitinya sebagai ladang kelapa sawit.

"Kawasan ini asalnya tanah rancangan FELCRA. Selepas tamat tempoh pinjaman, kami diberi pilihan membangunkan sendiri dengan menubuhkan SPPK. Majoriti setiap peserta mempunyai pegangan kira-kira 3.23 hektar tanah.

"Idea membuka pusat pelancongan ini timbul selepas melihat industri sawit tidak dapat menjana pendapatan baik kepada peserta. Daripada situ, saya terfikir kaedah integrasi sawit dengan sektor pelancongan bagi menjana pendapatan baharu.

"Keunikan kediaman di sini terserlah dengan konsep inap desa dengan chalet dan rumah dibina ala rumah koboi secara menggunakan kayu terpakai yang dikitar semula dengan reka bentuk tersendiri," katanya.

KEADAAN dekorasi chalet di SPPK Agro Park, Kampung Kundang Ulu, Ledang.

Beliau berkata, pihaknya menyediakan pelbagai aktiviti kepada pengunjung termasuk motosikal lasak, pacuan empat roda dan traktor yang diubah suai untuk melawat ladang kelapa sawit, acara mencari harta karun, rentas desa serta memancing.

Katanya, walaupun tapak SPPK Agro Park hanya seluas 1.21 hektar, namun pihaknya mempunyai kira-kira 971.24 hektar kawasan sawit milik peserta SPPK yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti luar yang memberi kepuasan kepada pengunjung.

Malah, pengunjung juga boleh menimba pengalaman dengan menyertai kerja pertukangan di bengkel seperti membuat kerusi, meja, kraftangan dan perabot lain.

"Selain itu, pengunjung juga boleh melihat sendiri penternakan arnab daging dan kambing yang ada di sini.

Selain aktiviti riadah, kita turut menawarkan pakej kursus, seminar, program motivasi dan perkahwinan," katanya.

DEKORASI chalet di SPPK Agro Park, Kampung Kundang Ulu, Ledang. - Foto Syarafiq Abd Samad
DEKORASI chalet di SPPK Agro Park, Kampung Kundang Ulu, Ledang. - Foto Syarafiq Abd Samad

Beliau berkata, bersesuaian kedudukannya dalam kawasan Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, SPPK Agro Park bersedia menjadi pelengkap dengan menawarkan pelbagai kepada pihak universiti untuk menjalankan kegiatan mereka di situ.

Katanya, pihaknya dalam perancangan memeterai perjanjian dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk menjadikan SPPK Agro Park sebagai universiti ladang yang pertama di negara ini.

"Ia membolehkan pihak universiti menjalankan pelbagai kegiatan termasuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kajian lapangan dan juga kegiatan kokurikulum di kawasan ini," katanya.

- tamat

Berita Harian X