Rabu, 4 Mei 2016 | 12:15am
SEBAHAGIAN pengunjung turut mencuba rasa madu kelulut. - Foto Kamaruddin Shah
SEBAHAGIAN pengunjung turut mencuba rasa madu kelulut. - Foto Kamaruddin Shah
TAIB membawa pengunjung meninjau ladang madu kelulut di Kampung Tanjung Pari, Baling, Kedah. - Foto Kamaruddin Shah
TAIB membawa pengunjung meninjau ladang madu kelulut di Kampung Tanjung Pari, Baling, Kedah. - Foto Kamaruddin Shah
 TAIB Man. - Foto Kamaruddin Shah
TAIB Man. - Foto Kamaruddin Shah
SARANG induk madu kelulut di ladang milik Taib Man di Kampung Tanjung Pari, Baling yang mengekalkan keaslian madu hutan. - Foto Kamaruddin Shah
SARANG induk madu kelulut di ladang milik Taib Man di Kampung Tanjung Pari, Baling yang mengekalkan keaslian madu hutan. - Foto Kamaruddin Shah
MADU mentah yang belum di proses.
MADU mentah yang belum di proses.

Pengeluaran madu kelulut komersial beri pulangan lumayan


NIBONG TEBAL: Permintaan terhadap madu kelulut yang dipercayai baik untuk minuman kesihatan menyebabkan harganya melambung iaitu sekitar RM180 sekilogram di ladang.

Harga pasaran madu kelulut pula kini berada di sekitar RM350 sekilogram bergantung kepada kuantiti bekalan, sekali gus menjadi antara perniagaan yang memberikan pulangan lumayan pasa masa ini.

Bermula sebagai pencari madu kelulut sejak 20 tahun lalu, Taib Man, 46, bersama seorang rakannya tampil dengan idea menghasilkan ladang kelulut di kawasan hutan berdekatan Kampung Tanjung Pari untuk pengeluaran secara komersial.

"Risiko diserang gajah liar, bertembung binatang berbisa dan terpaksa bermalam di hutan bukan perkara asing kepada pencari madu kelulut," katanya.

Bagaimanapun, akibat aktiviti penerokaan hutan dan faktor cuaca tidak menentu, sarang kelulut semakin sukar ditemui.

SEBAHAGIAN pengunjung yang hadir meninjau ladang madu kelulut di ladangnya di Kampung Tanjung Pari, Baling, Kedah. - Foto Kamaruddin Shah
SEBAHAGIAN pengunjung yang hadir meninjau ladang madu kelulut di ladangnya di Kampung Tanjung Pari, Baling, Kedah. - Foto Kamaruddin Shah

ANTARA sarang induk madu kelulut di ladang milik Taib Man. - Foto Kamaruddin Shah
ANTARA sarang induk madu kelulut di ladang milik Taib Man. - Foto Kamaruddin Shah

"Ramai rakan-rakan masih menjadi pemburu kelulut, namun saya mencuba mengusahakan ladang kelulut dan pada masa sama memborong madu asli yang diperoleh pencari madu lain.

"Setakat ini kami sudah mempunyai 736 sarang kelulut di ladang seluas lebih satu hektar yang didapati sesuai bagi pengeluaran madu secara semula jadi," katanya.

Antara kelulut yang mampu menghasilkan madu berkualiti adalah daripada spesis troracica, itama, cristal dan terminata yang menjadikan kawasan hutan sekitar Baling sebagai habitat pembiakan koloninya.

Taib berkata, setiap sarang boleh menghasilkan antara dua hingga tiga kilogram madu asli yang dituai menggunakan sejenis alat penyedut khas tanpa mengusik sarang induknya.

Bagi menghasilkan madu kelulut yang tinggi nilai perubatan, Tain menanam pelbagai pokok herba di ladang itu sebagai lanskap yang mana bunga dan buahnya dimakan oleh kelulut dan menghasilkan madu.

"Sarang kelulut tidak boleh dibuka dan kita tidak akan melakukan proses tuaian ketika cuaca hujan kerana air boleh menyebabkan sarang induk ditumbuhi kulat.

SARANG induk madu kelulut. - Foto Kamaruddin Shah
SARANG induk madu kelulut. - Foto Kamaruddin Shah

SARANG induk madu kelulut di ladang milik Taib Man di Kampung Tanjung Pari, Baling yang mengekalkan keaslian madu hutan. - Foto Kamaruddin Shah
SARANG induk madu kelulut di ladang milik Taib Man di Kampung Tanjung Pari, Baling yang mengekalkan keaslian madu hutan. - Foto Kamaruddin Shah

"Bagi menampung permintaan pasaran, kita turut membeli semua sarang induk daripada orang kampung bergantung kepada saiz, malah ada antaranya boleh mencecah RM1,500 setiap satu," katanya.

Madu asli yang dihasilkan Taib dan rakannya mendapat perhatian MARA yang membawa produk itu bagi dipamerkan di China sehingga mendapat perhatian penyelidik Universiti Guanzhou yang sedang membuat kajian berkaitan khasiat madu khususnya bagi propolis dan sarangnya.

"Selain itu, saya juga perlu memantau kawasan ladang sepanjang masa bagi mengelak sarang dan kantung madu dicuri berikutan harganya yang diketahui sangat tinggi ketika ini," katanya.

Selain diminum mentah, madu kelulut juga boleh digunakan bagi menghasilkan produk seperti kopi madu, teh madu, minuman botani, sabun pencegah resdung, syampu badan dan pembersih khas wanita.

Bagi mencantikkan kawasan ladangnya, Taib menanam pokok herba seperti senduduk putih, air mata pengantin, misai kucing, kacip Fatimah dan belimbing madu di sekeliling ladangnya.

Berita Harian X