Sabtu, 7 Mei 2016 | 12:10am
KEGEMBIRAAN dan kepuasan jelas terpancar pada raut wajah penyelam apabila berjaya mendapatkan tiram banyak dan berkualiti tinggi di sungai Muar. - Foto Syarafiq Abd Samad
MAHAT Awang, 65, masih gigih menyelam tiram di dasar Sungai Muar. Foto Syarafiq Abd Samad
MAHAT Awang, 65, adalah nelayan tertua yang masih menjadi penyelam tiram sebagai sumber pendapatan di Sungai Muar. - Foto Syarafiq Abd Samad
ZAIMI Md Noor, 47 ketika melakukan aktif mencari tiram di Sungai Muar. - Foto Syarafiq Abd Samad
ZAIMI Mg Noor, 47 melihat hasil kutipan tiram selepas kali pertama membuat penyelamat mencari tiram di Sungai Muar. - Foto Syarafiq Abd Samad
SELEPAS sejam menyelam, nelayan melepaskan lelah seketika bagi mengumpul semula tenaga sebelum meneruskan pencarian tiram. Foto Syarafiq Abd Samad
KEGEMBIRAAN dan kepuasan jelas terpancar pada raut wajah penyelam apabila berjaya memperoleh tiram banyak dan berkualiti tinggi dari dasar Sungai Muar. - Foto Syarafiq Abd Samad
KEGEMBIRAAN dan kepuasan jelas terpancar pada raut wajah penyelam apabila berjaya memperoleh tiram banyak dan berkualiti tinggi dari dasar Sungai Muar. - Foto Syarafiq Abd Samad
TIRAM yang dikutip dari dasar Sungai Muar, bukan setakat dijual kepada pembeli tempatan, sebaliknya turut dipasarkan ke luar daerah ini.
NELAYAN mengangkut tiram dengan jaring untuk ditimbang sebelum dijual kepada orang ramai. - Foto Syarafiq Abd Samad

Menyelam 6 meter cari tiram terbaik


MUAR: Menyelam sedalam enam meter secara menahan pernafasan selama kira-kira empat minit adalah cabaran utama nelayan yang menjalankan kegiatan mencari tiram secara tradisional di dasar Sungai Muar di sini.

Suatu ketika dulu, ada kira-kira 100 penyelam tiram sekitar muara Sungai Muar, tetapi kini hanya tinggal 10 nelayan meneruskan usaha itu tanpa menggunakan sebarang peralatan menyelam moden, yang menjadi amalan sejak lebih 100 tahun lalu.

Tiram yang dikutip dari dasar muara Sungai Muar, mempunyai permintaan tinggi dalam kalangan penggemar kerana khasiatnya dikaitkan dengan keupayaan meningkatkan testosterone dan kesuburan kaum lelaki.

Ditemui dalam warna putih dan hitam, tiram Sungai Muar dikatakan antara yang berkualiti tinggi di dunia, setaraf spesies dikutip di perairan New Zealand dan Perancis.

Ketika meninjau proses mencari tiram di dasar Sungai Muar, wartawan BH turut diberi peluang merasai sendiri susah payah nelayan tempatan menjalankan kegiatan menyelam tiram terbabit.

Pengalaman sendiri menyelam tiram mengundang rasa kagum kepada nelayan yang gigih meneruskan pekerjaan itu kerana ia bukan sesuatu yang mudah, selain memerlukan banyak tenaga untuk bertahan mengutip tiram di dasar sungai.


ZAIMI Md Noor, 47 kelihatan kepenatan akibat menahan nafas dalam tempoh yang lama ketika menyelam mencari tiram di Sungai Muar. - Foto Syarafiq Abd Samad

USAHA memacak kayu pancang bukanlah mudah kerana jika silap boleh menyebabkan ia tumbang dan membahayakan penyelam ketika menyelam di Sungai Muar. - Foto Syarafiq Abd Samad

Penyelam yang meneroka dasar Sungai Muar perlu berpaut pada batang kayu yang dipacak bagi mengelak daripada dihanyutkan arus, sebelum mengutip tiram dan proses itu dilakukan berulang kali.

Pangkalan Nelayan Parit Tiram di pinggir ini adalah lokasi kegiatan nelayan tempatan mendaratkan hasil tiram yang dikutip.

Penyelam tiram Sungai Muar, Nasir Kassim, 47, berkata walaupun mempunyai permintaan tinggi daripada penggemarnya, namun tiada golongan muda sanggup menjadi penyelam tiram kerana situasi kerja yang mencabar.

"Kebanyakan penyelam kini berusia lebih 45 tahun dengan yang tertua, Mahat Awang, sudah 65 tahun," katanya.

Nasir berkata, waktu terbaik menyelam tiram ialah ketika air surut dan banir (tenang) kerana sepanjang tempoh yang berlarutan di antara dua hingga tiga jam setiap hari itu, kedalaman sungai agak cetek.

Katanya, faktor itu juga menyebabkan ada kalanya kerja menyelam tiram dilakukan pada waktu malam, bergantung kepada kesesuaian.


NELAYAN membuat persediaan terlebih dahulu sebelum turun menyelam mencari tiram di dasar Sungai Muar. - Foto Syarafiq Abd Samad

NASIR Kassim, 47, yang juga penyelam tiram di sungai muar turut membawa wartawan BH dan jurugambar menelurusi sungai terbabit untuk melihat sendiri kaedah mencari tiram. - Foto Syarafiq Abd Samad

"Ketika menyelam tiram, sebagai langkah keselamatan tambahan, kami perlu memakai sarung tangan, kasut, baju dan seluar panjang serta gogel kerana kadang-kadang ada banyak hidupan berbisa seperti obor-obor dan pelbagai jenis ikan berduri.

 

"Cengkerang tiram dan kupang yang berada di dasar sungai juga boleh melukakan jika terpijak, selain bahaya terkena sengatan ikan duri," katanya.

 

Nasir berkata, tiram memerlukan keadaan air sungai yang payau dan boleh mati jika air terlampau masin atau tawar, malah pada musim tengkujuh, banyak tiram mati berikutan sungai dipenuhi air hujan.

"Penerobosan air masin terutama pada musim kemarau juga akan menyebabkan jumlah tiram turut berkurangan berbanding hari biasa," katanya.

Nasir mendakwa tiram Sungai Muar unik apabila usaha membiaknya di lokasi lain tidak berjaya, malah usaha beberapa pakar dari Jepun dan universiti tempatan menternak tiram juga tidak berjaya.


ZAIMI Md Noor, 47, memerhatikan keadaan air Sungai Muar terlebih dahulu sebelum turun menyelam bagi memastikan mampu mendapat tiram yang baik. - Foto Syarafiq Abd Samad

SELEPAS sejam menyelam mencari tiram, nelayan melepaskan lelah seketika bagi mengumpul semula tenaga sebelum menyelam kembali di Sungai Muar. - Foto Syarafiq Abd Samad

Katanya, tiram Sungai Muar hanya boleh hidup di sini, berikutan kewujudan plankton yang menjadi makanan utamanya yang mungkin tidak ada di sungai lain, sekali gus faktor itu juga mungkin menyebabkannya diiktiraf antara tiram terbaik di dunia.

  • INFO: Kaedah tradisional menyelam tiram Sungai Muar
  • Penyelam berpaut pada batang kayu yang dipacak ke dasar sungai bagi mengelak dihanyut arus

  • Penyelam menahan nafas dan mengaut sebanyak mungkin tiram di dasar sungai

  • Kegiatan menyelam tiram bergantung kepada jadual pasang air

  • Jun - Julai dan Oktober - November tempoh paling sesuai menyelam tiram kerana isi besar dan sedap

  • 8 beting tumpuan penyelam tiram - Beting Acang, Panjang, Wa Bakak, Bakar Batu, Pasu, Tiram, Dungun dan Parit Beting.


TIRAM putih dan hitam yang ditemui di dasar Sungai Muar dianggap antara yang terbaik di dunia, sekaligus menjadikanya rebutan penggemar tiram berikutan rasanya yang enak dan berbeza dengan yang ditemui di tempat lain. - Foto Syarafiq Abd Samad

INFO: Empat spesies tiram di Malaysia;

1. Crassostrea SP

2. Saccostrea SP

3. Ostrea

4. Hyotissa

  • FAKTA - TIRAM MUAR
  • 10 baki penyelam tiram tradisional

  • 10-30kg tiram mampu diperoleh sehari

  • RM30-RM40 - harga sekilogram isi tiram

  • RM1- RM2 - harga satu tiram.
Berita Harian X